Lepak Media: Sevilla menang mudah ke atas <b>Selangor</b> | Lepak Media - Blog Makanan di Selangor |
Lepak Media: Sevilla menang mudah ke atas <b>Selangor</b> | Lepak Media Posted: 24 May 2014 12:00 AM PDT SHAH ALAM - Pendahulu Liga Super, Selangor harus mendapat pujian apabila mampu memberikan saingan kuat kepada juara Liga Europa, Sevilla yang mencipta sejarah apabila hadir ke negara ini buat kali pertama. Beraksi di hadapan kira-kira 35,000 peminat bola sepak tanah air di Stadium Shah Alam malam tadi, kelab dari Sepanyol itu bagaimanapun begitu unggul untuk akhirnya menang 2-0. Pengurus Sevilla, Unai Emery menyifatkan perlawanan malam tadi antara yang menarik dan mereka gembira dapat beraksi bersama pasukan gergasi Malaysia dan berharap dapat bertandang lagi. "Kami pasti akan kembali semula ke sini," ujarnya sejurus perlawanan tamat. Piotr Trochowski menghasilkan gol pertama Sevilla pada minit ke-30 dan Diogo Figueiras menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat. "Kami berharap Sevilla menikmati lawatan ke Malaysia. Kami ucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk peminat bola sepak dan penyokong setia menyaksikan perlawanan yang menarik ini," kata Timbalan Presiden Bolasepak Selangor, Datuk Mokhtar Ahmad selepas perlawanan itu. Perlawanan percuma yang berlangsung di bawah naungan World Challenge LFP itu bertujuan membawa liga Sepanyol lebih dekat dengan peminat di seluruh dunia. "Kami ada matlamat untuk mewujudkan peminat baru dalam lawatan ini dan kami percaya bahawa kami telah melakukan yang terbaik malam ini," kata Ketua Pegawai Operasi World Challenge LFP, Sergi Vieta. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140527/su_12/Sevilla-menang-mudah-ke-atas-Selangor#ixzz32wsY2VlS © Utusan Melayu (M) Bhd |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment