Search This Blog

Tuesday, June 10, 2014

Makanan Terbaik Bandar Baru Bangi | Killjols - Blog Makanan di Selangor

<b>Makanan</b> Terbaik Bandar Baru Bangi | Killjols - Blog Makanan di Selangor


<b>Makanan</b> Terbaik Bandar Baru Bangi | Killjols

Posted: 04 Jun 2014 07:50 PM PDT

Di Sini aku ingin meng-shortlist kan antara tempat makan best di Bangi dan lebih detail lagi di Bandar Baru Bangi . dan di antara kedai makan yang sedap di Bangi itu adalah :-

1. Ana Ikan Bakar (Seksyen 15)

Ana Ikan bakar Bangi
Aku ada Review kedai makan restoren ikan bakar terkenal kat bangi ni di Makanan Terbaik Bangi , dan masa cuti sem , dua sem yang lepas , agak lama tu . Member aku datang dari kuantan dan ade plak member dia kerja situ , so dorang pun invite la sbb dorang datang dari jauh , dan dapat la makan free kat situ . yang tak best nye aku time tu dah lepas makan , perhhh mmg rugi gila time tu . sampai skang aku berdendam dengan kedai ni . bila nak revenge balik xtau haha . time tu aku rasa-rasa je la .. tapi mmg terbaik la. dorang tolong orderkan .. time tu aku rasa Kerapu Bakar petai , perhh dia punya layan malam2 makan bende free plak .. haha tp sbb aku kenyang giler dah time tu xdapat aku menikmati dengan lahapnya.. aku tgk member lain makan mmg selera abis . yang special petai dia mmg penuh satu ikan tu .. ikan pun fresh . 

Sata pun ada kat sini . orang pantai timur mmg gila sata .

Pilihan aku : Ikan Kerapu Bakar Petai

Alamat: Persiaran Kemajuan (Bandar Baru Bangi), 43650 Bangi, Selangor

2. Nasi Beriani Anje (Seksyen 15)

Nasi Beriani Gam Johor

Antara the best place untuk mencari beriyani gam Johor di Bangi , juga terkenal dengan masakan-masakan dari Johor seperti Laksa Johor , Mee Rebus , Mee Bandung . ABC juga ada di sediakan. So what special Selain harga yang berpatutan , bagi aku ayam dia juga besar dan puas untuk di makan , kuah + nasi beriyani dia mmg awesome . Restoren ini terletak berdekatan dengan Petronas Syeksen 15 Bangi . Di bahagian shop lot belakang petronas itu . Waktu buka kedai 11 pagi. Memang ramai duk datang sini . kadang beratur panjang jgak.. konsep makan di sini adalah layan diri sendiri . 

Pilihan aku : Nasi Beriani Ayam Kampung Goreng

Alamat:  No.15-GF, Jalan 15/1c, Seksyen 15 (Bandar Baru Bangi), 43650 Bangi, Selangor

3. Sup Urat Ketin (Seksyen 7)

Sup Urat Keting Bangi

Sup Urat Keting Bangi antara yang femes, ramai blogger duk citer kedai makan sedap ni . terletak di Syeksen 7 Bandar Baru Bangi , Kalau sape yang dari luar Bangi senang je dari Tol Bangi tu terus roundabout amek jam 12 , round about kedua amek jam 12 ,  roundabout ketiga amik jam 12 terus skit jumpa traffic light pertama belok kanan dan jumpa. Harga juga agak berpatutan, Semangkuk dalam RM 7.00 camtu , skang xtau berapa maybe masih sama . Memang banyak Sup urat keting dia bagi . Selain Urat keting Sate juga  femes kat sini dan ramai cakap Sate dia boleh tahan juga . 

Pilihan Aku: Sup Urat Keting

Alamat: 80, Jalan 7/7c, Seksyen 7 (Bandar Baru Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi,

4. The Grato (Seksyen 7 - Dekat Kedai Makan Suasana Bangi)

The Grato Bangi

Ini adalah restoren makanan bertemakan itali dan western , kepada penggila steak area bangi sila pergi try kedai ini .  Antara kedai western dengan harga yang agak murah bagi aku .. Terletak di Syeksen 3 , Bangi perdana , Bukak pada hari setiap hari kecuali ahad 5.30 petang sehingga 11.00 Malam . hmm awal tutup . Boleh duduk kat luar , santai-santai gitu . Lamb Chop Dia agak femes  juga di sini ye . RM 12.90 baq hang

Pilihan Aku : Lamb Chop Black Pepper 

Alamat: Jalan 3/7 (Bangi Perdana, Seksyen 3), 43650 Bdr. Baru Bangi, Selangor

5. Suraya Seafood (Seksyen 7)

Suraya Seafood bangi

Restoren Thai memang antara pilihan kalau nak makan . xde selera pun leh ade selera , Di syeksen 7 Bandar Baru Bangi ada satu restoren yang agak femes di kawasan ini . Suraya Thai Cuisine masakan yang di katakan orignal dari pattani thailand , masakan thai biasa la kan , tomyam , som tam , paprik sume , . Memang sedap

Pilihan Aku : Siakap Masak Suraya dan Som Tam

Alamat: Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Link Facebook : xjumpa

6. Gerai Ibu Ayam Penyet (Seksyen 4)

Ayam Penyet Syeksen 4 Bangi

Memang susah mau cari ayam Penyet original indon mari , tapi kat bangi ade satu ni , sebuah warung sahaja, Ada yang panggi Ayam Penyet Syeksen 4 juga . harga memang murah beb . the best thing sambal die yg digiling.. perghh..mmg berbaloi mkn smpai menangis.. cubelah

Pilihan Aku: Nasi Ayam Penyet

7. Koh Samui (Seksyen 7)

Koh Samui Bangi

Kok Samui katanya adalah sebuah nama tempat Di thailand , tapi ni bukan di Thailand , Di selangor di bangi . haha Sama juga masakan thai , Tempat selesa, makanan sedap , standard makanan thai pilihan , tomyam , paprik , kerabu mangga dan lain lain , harga berpatutan x murah x mahal

Pilihan Aku: Daging masak Merah

Alamat: Seksyen 7 (Bandar Baru Bangi), 43650 Bangi, Selangor

GEMPAR! - Koleksi Ronaldo , Messi , Dan Steven Gerard Untuk DI Kumpul!-
WOW! - Teringin melancong ke destinasi yang anda impikan? Jangan lepaskan peluang ini.-
MESTI TAU! - Peluang untuk pelajar Malaysia Oleh Maxis-

1 comment: