Search This Blog

Wednesday, June 4, 2014

TV Selangor - Gagal jaga kebersihan, peniaga makanan berdepan ... - Blog Makanan di Selangor

TV <b>Selangor</b> - Gagal jaga kebersihan, peniaga <b>makanan</b> berdepan <b>...</b> - Blog Makanan di Selangor


TV <b>Selangor</b> - Gagal jaga kebersihan, peniaga <b>makanan</b> berdepan <b>...</b>

Posted: 29 May 2014 11:00 PM PDT

Oleh : AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA, 30 MEI : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menggesa semua pengendali premis makanan di bandar raya itu supaya mengambil berat berkenaan aspek kebersihan penyediaan makanan dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata pihaknya mengambil perhatian serius dalam memastikan pengendali premis gerai dan restoran mengikut prosedur penyediaan makanan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ memberi tumpuan berterusan bagi meningkatkan tahap pengawasan kebersihan dan keselamatan di Petaling Jaya membabitkan 26 gerai kompleks dan 1,536 buah restoran.

"MBPJ menggunakan tiga kaedah pemeriksaan iaitu menjalankan pemeriksaan premis makanan, pensampelan contoh makanan mikro dan pemeriksaan swab tangan terhadap pengendali makanan bagi mengesan bakteria yang dikenali sebagai E.coli.

"Pemeriksaan swab tangan adalah penting kerana berdasarkan laporan, kami mendapati kebanyakan pengendali makanan tidak mengamalkan langkah pencucian tangan dengan betul," katanya pada Mesyuarat Penuh MBPJ di ibu pejabatnya, dekat sini, semalam.

Alinah berkata, 117 kes kesalahan direkodkan terhadap pengendali makanan kerana gagal dalam pemeriksaan swab tangan dan terdapat E.coli sepanjang tahun lalu.

Beliau turut memaklumkan setiap premis dan pengendali makanan akan diberi markah penilaian mengikut perintah kerja pembersihan premis di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

"Setiap premis yang memperolehi gred A akan disyorkan pemberian sijil premis bersih, bagi premis bergred B dan C akan dikenakan notis atau kompaun, manakala kesalahan gred D notis arahan tutup akan dikeluarkan," katanya.

-NFN-

No comments:

Post a Comment