Search This Blog

Monday, June 9, 2014

Restoran Zende Perkenal Masakan Tradisional Sarawak ... - Blog Makanan di Selangor

Restoran Zende Perkenal Masakan <b>Tradisional</b> Sarawak <b>...</b> - Blog Makanan di Selangor


Restoran Zende Perkenal Masakan <b>Tradisional</b> Sarawak <b>...</b>

Posted: 31 May 2014 07:24 PM PDT

- Sunday: 2014-06-01 10:24:06'.

Nasi Beras Bario (nasi pulut) dan sayur Midin Belacan dihidangkan di Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014 bermula pada 27 Mei hingga 6 Jun ini.

Nasi Beras Bario (nasi pulut) dan sayur Midin Belacan dihidangkan di Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014 bermula pada 27 Mei hingga 6 Jun ini.

BAGI mereka yang ingin mencuba keunikan masakan sarawak boleh berkunjung ke Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Festival yang diadakan sehingga 6 Jun ini, membolehkan pelancong tempatan dan antarabangsa mencuba masakan Sarawak yang cukup enak ini.

Pengurus Besar hotel, Mohamad Halim Merican berkata Sarawak merupakan destinasi yang menarik untuk diterokai kerana ia kaya dengan sejarah serta budaya masyarakat pelbagai suku kaum.

"Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya. Antaranya hutan belantara yang hijau, rumah kepada orang utan, pantai yang cantik serta hidupan laut yang unik," katanya.

Pihak media juga berkesempatan untuk merasai keunikan masakan Sarawak, termasuk Nasi Beras Bario, Manok Pancoh dan Bubur Pedas Sarawak.

Kek lapis Sarawak turut dihidangkan pada Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Kampung Budaya Sarawak, Zaini Zainuddin, yang bercakap bagi pihak chef Sany Kalol dari Sarawak berkata menu yang disediakan terdiri daripada masakan tradisional Sarawak.

kek-lapis

Kek Lapis Sarawak

"Kebanyakan masakan diperbuat daripada ramuan asli dan herba seperti halia.

"Menu yang dihidangkan sepanjang festival ini juga agak jarang ditemui di Kuching," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kami mencuba masakan tradisi masyarakat Bidayuh, yang dikenali sebagai Daging Tepus Bidayuh.

"Daging ini dimasak dengan halia tua untuk mengekalkan rasanya," katanya.

Satu lagi hidangan yang dicadangkan ialah bubur pedas yang diperbuat daripada beberapa ramuan istimewa.

Sany berkata dia menggunakan bahan-bahan seperti daging lembu, sotong, ayam, sayur-sayuran seperti bawang, serai, cili kering bersama-sama dengan kelapa dan kunyit.

Dengan mencampurkan semua bahan-bahan ini menjadikan bubur pedas mempunyai rasa tersendiri dan merupakan hidangan yang digemari ramai.

Daging Tepus Bidayuh diperbuat daripada daging tanpa lemak, ringkas dan sedap.

Sayur Midin Belacan sesuai dimakan bersama dengan nasi kerana ia agak masin dan sedikit pedas.

Masakan lain yang turut dihidangkan sepanjang festival berkenaan ialah Manok Pansuh, Umai, Kek Lapis Sarawak, Linut, Mee Tomato dan Daging Kisar dan Murtabak Daging.

Semua masakan ini disediakan untuk bufet makan tengah hari dan makan malam, bermula pada harga RM60 dan RM79.

RESTORAN ZENDE, Seri Pacific Hotel, Jalan Putra, Kuala Lumpur. Tel: 03-40494351. Waktu operasi: 6.30 pagi hingga 1 petang, setiap hari.

Blog Makanan di <b>Selangor</b>: bak kut teh, <b>makanan tradisional</b> - Blog <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 12:26 AM PDT

as salam,

 sedang aku menunggu si anak dara menghabiskan aktiviti kolaj dia masa perasmian PPAS ritu..... aku bacalah buku2 yang ada kat library tu kan, sambil tambah ilmu pengetahuan am.....

so, aku tertariklah dengan satu buku ni..... pasal negeri Selangor, maklum, dah jadi penduduk sini kenalah ambil tau pasal negeri ni kan..... hehe

 buku Selangor

ada sejarah, nama2 pemerintah, senarai daerah, pakaian tradisi, kaum dan paling aku tertarik adalah pasal makanan tradisional dia..... ye lah, mana tau kan, lepas ni aku diletakkan di bawah ajk demo masak pulak kan, so adalah info yang aku boleh share..... haha

so, dalam buku ni, info pasal makanan tradisional negeri Selangor yang aku dapat adalah.....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

 Bak Kut Teh adalah makanan tradisional negeri Selangor

ooooo baru aku tau.....

selain dari tu, ada la jugak Rojak Klang, Sate, Cendol, Mi Jawa.....

tetiba teringat sate kat stadium Selayang.....

dah tinggal 4 cucuk baru ingat nak snap pic..... betapa sedapnya sate tu kan..... Aisha pon makan banyak sate tu..... char kuew tiow kat situ pon sedap hingga menjilat sudu.....

nak pi lagi ke situ, tapi belum kesempatan pulak.....

k, sekian

Blog <b>Makanan</b> di <b>Selangor</b>: senarai harga minuman dan <b>makanan</b> <b>...</b>

Posted: 18 May 2014 02:06 PM PDT

Senarai Keputusan Tender SUK 2012 - <b>Selangor</b> - Blog Makanan di Selangor Senarai Keputusan Tender SUK 201...

14 negara meriahkan Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 <b>...</b>

Posted: 29 May 2014 12:30 AM PDT

Oleh: AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA, 29 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan Festival Antarabangsa Petaling Jaya bertemakan Kesenian Rakyat selaras dengan hasrat menjadikan Petaling Jaya sebagai destinasi pelancongan bandar berkonsepkan 'Shopping, Health and Education'(SHE).

Program yang turut mendapat kerjasama Majlis Antarabangsa Festival dan Pertubuhan Kesenian Rakyat (CIOFF) itu bertujuan mempromosi Petaling Jaya, Selangor dan Malaysia amnya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa, berdaya huni, memiliki ciri persekitaran baik, di samping aktiviti menarik.

03Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata tema kesenian rakyat diangkat selaras dengan elemen dan hala tuju utama Petaling Jaya Sejahtera 2030 iaitu budaya dan komuniti, masyarakat harmoni, selamat dan prihatin.

Beliau berkata, 14 buah negara akan terbabit untuk memeriahkan festival berkenaan yang akan dilancarkan secara besar-besaran di Jalan Yong Shook Lin, Pusat Bandar Seksyen 52, di sini, pada 20 Jun ini.

"Antara negara yang akan mengambil bahagian adalah Jepun, Korea Selatan, Mesir, Senegal, Kenya, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia, Nigeria, Iran, Ghana dan India.

"Manakala, penyertaan dalam negara pula membabitkan Selangor, Melaka, Sarawak, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

"Penganjuran festival ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun kelapan bandar raya Petaling Jaya serta Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya pada Mesyuarat Penuh Majlis di ibu pejabat MBPJ, dekat sini, hari ini.

05Alinah berkata, festival itu turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan jualan kraf, demonstrasi makanan tradisional, persembahan kesenian rakyat dalam dan luar negara serta sukan rakyat yang merangkumi penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau berkata, pengunjung juga berpeluang mendapatkan pakej pelancongan istimewa ke destinasi pilihan di Travel Fair oleh MATTA Fair Selangor sepanjang karnival berlangsung.

"Menariknya, sambutan kali ini turut mendapat kolaborasi yang baik daripada badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pengurusan kompleks membeli belah antaranya Paradigm Mall, Damansara Performing Arts Centre, The Curve dan Sunway Pyramid sebagai penaja lokasi bagi segmen 'pocket show'.

"Saya berbesar hati menjemput seluruh penduduk Petaling Jaya dan rakyat Malaysia amnya hadir memeriahkan festival ini untuk menyaksikan keunikan pelbagai budaya dan kesenian insan sejagat di Petaling Jaya," katanya.

-NFN-

No comments:

Post a Comment