Blog <b>Makanan di Selangor</b>: Apa yang <b>pelik</b> PRK <b>di</b> Kajang <b>...</b> - Blog Makanan di Selangor |
Blog <b>Makanan di Selangor</b>: Apa yang <b>pelik</b> PRK <b>di</b> Kajang <b>...</b> Posted: 06 Feb 2014 07:28 PM PST KUALA TERENGGANU - "Di Kuala Terengganu, serba serbi mahal," itulah jawapan pertama yang diberikan kebanyakan masyarakat apabila ditanya mengenai kos hidup di bandar raya ini. Pekerja swasta, Noraini Salleh, 50, berkata, dengan gaji yang diterimanya kini, ditambah dengan kos hidup terutama barangan keperluan yang tinggi, tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya bersama anak-anak jika tidak berbelanja secara berhemah. "Kalau tanya di Terengganu apa yang mahal? saya akan kata serba serbi mahal. Paling ketara nampak mahal berbanding tempat lain ialah makanan dan barangan keperluan asas. "Sewa teksi pun mahal di sini, kalau dari rumah saya di Kampung Gong Tok Nasek nak ke tempat kerja di Pasar Payang, paling tidak pun perlu bayar RM15 untuk pergi balik. Jadi, duit gaji hanya memadai untuk bayar tambang teksi sahaja. Tetapi, Alhamdulillah, sekarang saya telah mempunyai kenaikan sendiri untuk ke tempat kerja," katanya. Sementara itu, peniaga, Hanif Maiyus, 30, berkata, walaupun berniaga jam dan memiliki sebuah kedai, dia tidak mampu untuk menyimpan duit jika tidak membuat pekerjaan sampingan lain seperti berniaga online dan sebagainya. "Dengan pendapatan sedia ada sekarang, saya rasa saya belum mampu menyimpan duit. Malahan, saya terpaksa mencari kerja lain untuk cari pendapatan lebih menjelang bulan seterusnya. "Apa yang ketara mahal di Kuala Terengganu ialah makanan, memang mahal. Kalau kos sewa rumah tu agak biasa cuma mahal atau murah bergantung pada lokasi rumah yang disewa. "Dengan kenaikan harga barang sekarang, saya tidak yakin mampu tanggung kos kehidupan dengan sempurna pada masa akan datang," katanya.
"Itu perbelanjaan bagi kami yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika telah mempunyai anak nanti. Adakah kami mampu simpan duit setiap bulan atau sebaliknya. "Kalau sebelum ini saya boleh juga menyimpan duit untuk simpanan, sekarang ada kalanya boleh menyimpan, ada kalanya tidak sempat untuk simpan, duit dah habis," katanya. Seorang pelancong yang berkunjung ke Kuala Terengganu, Alias Lazim, 66, yang menetap di Selangor, berkata, dia amat terkejut dengan harga makanan di Terengganu yang disifatkan begitu mahal dan tidak masuk akal. "Bayangkan, saya beli nasi putih dan ikan keli sambal sahaja untuk makan tengah hari dah mencecah RM5.50. Kalau di Selangor saya boleh dapat dalam lingkungan RM4 sahaja. Saya hairan mengapa di sini harga makanan terlalu mahal. "Pada saya, kalau nak kata kenaikan harga barangan basah, di tempat lain juga harganya naik, tetapi mengapa di sini peniaga boleh naikkan harga begitu tinggi? Sebab itulah saya sarankan kita boikot peniaga yang jual mahal," katanya. Alias yang berkunjung ke Kuala Terengganu tinggal di sebuah bilik yang disewa di sebuah hotel bandar raya dengan harga RM40 semalaman. "Mengenai kadar sewa hotel atau bilik tu saya agak puas hati, sebab harga yang dikenakan lebih kurang sama dengan tempat lain. Tetapi, bila menyentuh mengenai harga makanan, pakaian dan barangan lain, saya agak terkilan kerana harganya amat mahal. "Bayangkan, bagaimana mereka yang gaji RM20 sehari mahu 'survive' kalau nasi dan ikan keli sahaja dah sampai RM5.50? Macam mana mereka nak tampung keperluan lain. Itu di kedai makan yang biasa dikunjungi, bukan yang tak biasa," katanya. Bekas pelajar, Siti Zulaikha Zulkifli, 18, pula berkata, harga makanan dan pakaian di Kuala Terengganu agak mahal berbanding di tempat lain, sebab itu tidak hairanlah jika laporan menyebut, ia termasuk antara 10 bandar paling tinggi kos sara hidup di Malaysia. "Saya masih belum mendapat pekerjaan tetap dan kini hanya bekerja dengan ibu saya. Walaupun begitu, saya turut merasai harga makanan dan barangan keperluan di Kuala Terengganu mahal berbanding tempat lain," katanya. Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh sebuah portal online, Kuala Terengganu dilaporkan sebagai bandar keenam paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup. Menjuarai carta adalah bahagian pulau di Pulau Pinang diikuti Bintulu, Sarawak, Paka/Kerteh di Terengganu, Miri Sarawak, Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Klang, Labuan dan Johor Baru. Perkara yang dikaji adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minimum untuk hidup sempurna. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment