Search This Blog

Thursday, February 6, 2014

Apa yang pelik PRK di Kajang??? - malaysia transformasi minda ... - Blog Makanan di Selangor

Apa yang <b>pelik</b> PRK <b>di</b> Kajang??? - malaysia transformasi minda <b>...</b> - Blog Makanan di Selangor


Apa yang <b>pelik</b> PRK <b>di</b> Kajang??? - malaysia transformasi minda <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2014 12:31 PM PST

Nota

SEPATAH KATA DARI " KU "

RASHIANYA TELAH MENJADI RASHIAKU.

Yang hidup itulah peganganku, bukan yang mati. ILMU yang ku fahami bukannya datang dari luar, melainkan dari dalam.

Sirih telah kembali ke gabungnya. Pinang telah balik ke tampuknya. Ruas telah bertemu dengan bukunya.

Sayangi Malaysia

Secara rasminya Parlimen dibubarkan hari ini 3hb April 2013 dan kini hanya menunggu waktu pengumuman rasmi dari pihak SPR berhubung tarikh pilihanraya ke 13.

Buat rakyat Malaysia, Najib Razak dalam ucapannya tadi bukan mengharapkan simpati tetapi beliau mengharapkan anda semua sedar apa akan berlaku jika negara kucar kacir dan keamanan tergugat hasil dari pihak pihak yang sentiasa mencetuskan kekecohan dan rusuhan.

Kami siap sedia bertempur dalam memastikan Barisan Nasional menang 2/3 pada pilihanraya ke 13 ini. Kekuatan yang ada pada kami para penggiat media social adalah 100% untuk berkhdimat pada Najib Razak demi mengekalkan kemakmuran dan keamanan negara.

Ya Allah kau berikanlah kemenangan kepada kami Barisan Nasional agar Najib Razak diberikan amanat untuk mentadbir negara Malaysia ini dengan aman dan makmur.

Sayangi Malaysia, Yakini Barisan Nasional.
KEPUTUSAN PRU 13 (5/5/2013)

Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Pakatan pembangkang pula mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR (28 kerusi) dan PAS (21 kerusi).


Belantan: Anwar vs Khalid: Ambiga-mpang tuntut PR beri penjelasan?

Posted: 06 Feb 2014 07:54 AM PST


Bekas Pengerusi bersama Bersih 2.0, Ambiga Sreenavasan berkata, PR perlu memberitahu rakyat jika benar ia berhasrat melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Ketua Umum PKR itu menang dalam PRK Dun Kajang.

Menurut Ambiga, perkara tersebut perlu diperjelaskan kerana ramai yang datang mengadu kepadanya bahawa mereka tidak suka mengenai misteri berhubung isu jawatan menteri besar ini.

"Berhubung isu MB, mungkin Anwar akan jadi, mungkin tidak. Saya dapati isu itu tergantung dan perlu diberikan penjelasan.

"... bagi saya adalah tidak adil sekiranya PR terus membiarkan rakyat berteka teki mengenai perkara ini," katanya dalam Forum Serampang Kajang di Empire Hotel Subang Jaya, semalam.


Anwar dicalonkan sebagai calon PR di Kajang selepas peletakkan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Langkah Chin Cheh itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak, termasuk rakan komponen dalam PR terutama Pas, yang mengatakan bahawa tindakan tersebut sebagai tindakan 'pengkhianat kepada rakyat'.

Peletakan jawatan Chin Cheh juga telah menimbulkan spekulasi bahawa PR sengaja berbuat demikian bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Selangor.

Suara Politik
Belantan

7) <b>Makanan di</b> Terengganu - Google Blog Search - Blog <b>Makanan di</b> <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 01:37 AM PST

KUALA TERENGGANU - "Di Kuala Terengganu, serba serbi mahal," itulah jawapan pertama yang diberikan kebanyakan masyarakat apabila ditanya mengenai kos hidup di bandar raya ini.

Pekerja swasta, Noraini Salleh, 50, berkata, dengan gaji yang diterimanya kini, ditambah dengan kos hidup terutama barangan keperluan yang tinggi, tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya bersama anak-anak jika tidak berbelanja secara berhemah.

"Kalau tanya di Terengganu apa yang mahal? saya akan kata serba serbi mahal. Paling ketara nampak mahal berbanding tempat lain ialah makanan dan barangan keperluan asas.

"Sewa teksi pun mahal di sini, kalau dari rumah saya di Kampung Gong Tok Nasek nak ke tempat kerja di Pasar Payang, paling tidak pun perlu bayar RM15 untuk pergi balik. Jadi, duit gaji hanya memadai untuk bayar tambang teksi sahaja. Tetapi, Alhamdulillah, sekarang saya telah mempunyai kenaikan sendiri untuk ke tempat kerja," katanya.

Sementara itu, peniaga, Hanif Maiyus, 30, berkata, walaupun berniaga jam dan memiliki sebuah kedai, dia tidak mampu untuk menyimpan duit jika tidak membuat pekerjaan sampingan lain seperti berniaga online dan sebagainya.

"Dengan pendapatan sedia ada sekarang, saya rasa saya belum mampu menyimpan duit. Malahan, saya terpaksa mencari kerja lain untuk cari pendapatan lebih menjelang bulan seterusnya.

"Apa yang ketara mahal di Kuala Terengganu ialah makanan, memang mahal. Kalau kos sewa rumah tu agak biasa cuma mahal atau murah bergantung pada lokasi rumah yang disewa.

"Dengan kenaikan harga barang sekarang, saya tidak yakin mampu tanggung kos kehidupan dengan sempurna pada masa akan datang," katanya.


Senada dengan Hanif, isterinya, Nurul Izza Alias, 26, berkata, memandangkan semua barang naik, dia kini membelanjakan RM300 setiap bulan untuk perbelanjaan barang dapur sahaja.

"Itu perbelanjaan bagi kami yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika telah mempunyai anak nanti. Adakah kami mampu simpan duit setiap bulan atau sebaliknya.

"Kalau sebelum ini saya boleh juga menyimpan duit untuk simpanan, sekarang ada kalanya boleh menyimpan, ada kalanya tidak sempat untuk simpan, duit dah habis," katanya.

Seorang pelancong yang berkunjung ke Kuala Terengganu, Alias Lazim, 66, yang menetap di Selangor, berkata, dia amat terkejut dengan harga makanan di Terengganu yang disifatkan begitu mahal dan tidak masuk akal.

"Bayangkan, saya beli nasi putih dan ikan keli sambal sahaja untuk makan tengah hari dah mencecah RM5.50. Kalau di Selangor saya boleh dapat dalam lingkungan RM4 sahaja. Saya hairan mengapa di sini harga makanan terlalu mahal.

"Pada saya, kalau nak kata kenaikan harga barangan basah, di tempat lain juga harganya naik, tetapi mengapa di sini peniaga boleh naikkan harga begitu tinggi? Sebab itulah saya sarankan kita boikot peniaga yang jual mahal," katanya.

Alias yang berkunjung ke Kuala Terengganu tinggal di sebuah bilik yang disewa di sebuah hotel bandar raya dengan harga RM40 semalaman.

"Mengenai kadar sewa hotel atau bilik tu saya agak puas hati, sebab harga yang dikenakan lebih kurang sama dengan tempat lain. Tetapi, bila menyentuh mengenai harga makanan, pakaian dan barangan lain, saya agak terkilan kerana harganya amat mahal.

"Bayangkan, bagaimana mereka yang gaji RM20 sehari mahu 'survive' kalau nasi dan ikan keli sahaja dah sampai RM5.50? Macam mana mereka nak tampung keperluan lain. Itu di kedai makan yang biasa dikunjungi, bukan yang tak biasa," katanya.

Bekas pelajar, Siti Zulaikha Zulkifli, 18, pula berkata, harga makanan dan pakaian di Kuala Terengganu agak mahal berbanding di tempat lain, sebab itu tidak hairanlah jika laporan menyebut, ia termasuk antara 10 bandar paling tinggi kos sara hidup di Malaysia.

"Saya masih belum mendapat pekerjaan tetap dan kini hanya bekerja dengan ibu saya. Walaupun begitu, saya turut merasai harga makanan dan barangan keperluan di Kuala Terengganu mahal berbanding tempat lain," katanya.

Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh sebuah portal online, Kuala Terengganu dilaporkan sebagai bandar keenam paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.

Menjuarai carta adalah bahagian pulau di Pulau Pinang diikuti Bintulu, Sarawak, Paka/Kerteh di Terengganu, Miri Sarawak, Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Klang, Labuan dan Johor Baru.

Perkara yang dikaji adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minimum untuk hidup sempurna.

No comments:

Post a Comment