Search This Blog

Saturday, February 15, 2014

Blog Makanan di Selangor: MB SELANGOR BARU? TAHNIAH ... - Blog Makanan di Selangor

Blog <b>Makanan di Selangor</b>: MB SELANGOR BARU? TAHNIAH <b>...</b> - Blog Makanan di Selangor


Blog <b>Makanan di Selangor</b>: MB SELANGOR BARU? TAHNIAH <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2014 07:07 PM PST

-MPPR YANG DIKATAKAN TELAH MENGADAKAN MESYUARAT SIANG TADI MEMUTUSKAN KHALID AKAN DIGANTI DENGAN AZMIN! NAMPAKNYA TAMATLAH SUDAH LEGASI & KARIER POLITIK KHALID! BOLEHLAH TIDUR SEPUAS-PUASNYA SELEPAS INI! KEKEKE!!!-

Nampaknya impian Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor semakin cerah apabila Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) yang bermesyuarat sebentar tadi memutuskan beliau mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri berkenaan.

Akhbar Sin Chew dalam laporan muka depannya untuk edisi petang hari ini melaporkan MPPR yang dipengerusikan Anwar Ibrahim bersetuju dengan pertukaran itu.

Namun, tidak dinyatakan bila majlis pertukaran tersebut akan dilangsungkan dan sebarang pertukaran kepimpinan Menteri Besar perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Azmin yang merupakan pemimpin politik kelahiran Singapura sebelum ini dilakporkan mempunyai hubungan dingin dengan Khalid.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Azmin dipecat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sebelum itu Khalid membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada April ini.

Keinginan meluap-luap Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor sangat nyata dan jelas terutama selepas pilihan raya umum yang lalu sehingga wujud khabar angin beliau mahu meninggalkan PKR apabila tidak dilantik ke jawatan impiannya itu. (sumber)

-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment