Search This Blog

Sunday, February 23, 2014

Terbaru ; "Porno Makanan" Tidak Di Benarkan Lagi.. | AZMY ... - Blog Makanan di Selangor

Terbaru ; "Porno <b>Makanan</b>" Tidak <b>Di</b> Benarkan Lagi.. | AZMY <b>...</b> - Blog Makanan di Selangor


Terbaru ; "Porno <b>Makanan</b>" Tidak <b>Di</b> Benarkan Lagi.. | AZMY <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2014 02:32 AM PST

'Porno Makanan' Dilarang Di Restoran Mewah Perancis


PARIS – Jika anda cuba untuk mengambil gambar hidangan makan malam anda di restoran mewah Perancis selepas ini, jangan terkejut jika seorang chef menyerbu keluar dari dapur dengan marah.

Bosan dengan sikap sesetengah pengunjung yang merakamkan gambar melalui telefon pintar mereka untuk dimuatkan dalam rangkaian sosial, beberapa restoran pilihan Michelin Perancis ini cuba untuk menghalang apa yang disifatkan mereka sebagai 'porno makanan'.

Penulis blog makanan dan beberapa chef bagaimanapun mempertahankan gambar terbabit sebagai publisiti percuma tetapi bagi kebanyakan chef mereka menyifatkan perkongsian itu sebagai 'melampau.'

Rehat untuk pelanggan

"Ada sesuatu tempat dan masa untuk semuanya," kata Alexandre Gauthier, chef di La Grenouillere di bandar utara La Madelaine-sous-Montreuil.

"Kami cuba memberikan pelanggan kami rehat seketika dalam hidup mereka. Untuk itu, anda perlu menutup telefon bimbit anda," katanya.

Sebaik mengenakan larangan mengambil gambar di restorannya secara rasmi, Gauthier meletakkan imej kamera dengan tanda palang pada menu beliau.
"Orang ramai kini tidak mahu berenggang dengan telefon," katanya. "Sebelum ini mereka mengambil gambar keluarga, nenek tetapi kini gambar makanan pula," katanya.

"Ia tidak mengapa, tetapi kami adalah sebuah restoran yang tidak menggunakan lampu terang, jadi mereka terpaksa menggunakan 'flash'. Setiap hidangan akan 'menghentikan segala-galanya' atau gambar diambil semula hingga tiga kali.

"Ia kemudian dihantar ke Twitter, komen dibuat dan dibalas tetapi akhirnya hidangan menjadi sejuk."

Gilles Goujon, chef di L'Auberge du Vieux Puits yang dianugerahkan tiga bintang di bandar selatan Fontjoncouse berkata beliau semakin kecewa dengan kelemahan etika di kalangan jurugambar makanan amatur ini.

Katanya gambar makanan terbabit 'menghilangkan kejutan' sesetengah hidangan beliau dan 'merampas sedikit harta intelektual' beliau.

Itu belum termasuk gambar yang diambil daripada telefon yang 'tidak terlalu pintar' yang hasilnya jarang sekali baik.

"Ia tidak memberikan imej terbaik kerja kami. Malah menjengkelkan," katanya.

"Sukar untuk melarang sebenarnya. Saya cuba mencari cara terbaik untuk mengatakannya melalui menu tetapi belum menemui formula terbaik untuk membuatkan orang ramai tidak marah," kata Goujan. –mynewshub

Blog <b>Makanan di Selangor</b>: Kanak-Kanak Mati Lemas Di Kolam <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2014 07:27 PM PST

SHAH ALAM: Rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor bertukar tragis apabila kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas di kolam renang di sana.

Amanda Dany Shah sedang bersama-sama dengan ibu bapanya yang menyediakan perkhidmatan katering untuk rumah terbuka anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Negeri Selangor (Pekawanis) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias ​​berkata siasatan mendapati Amanda telah berjalan-jalan seorang diri manakala ibu bapanya sibuk menyediakan makanan.

"Gadis itu ditemui di kolam renang yang terletak di tingkat atas kediaman," kata beliau ketika dihubungi.

Menurut sumber, seseorang telah menarik Amanda keluar dari dalam kolam dan cuba menyelamatkannya sebelum ambulans tiba dan digegaskan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di mana dia telah diisytiharkan mati kira-kira pukul 7 malam.

Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 petang dan sebuah kereta peronda telah dihantar untuk menyiasat.

Azisman berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beberapa jam selepas kejadian tragis itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menulis di Twitter mengucapkan takziah kepada ibu Amanda, Rini Sutari.

"Takziah Kepada Puan Rini Sutari & Keluarga, katerer Majlis Tahun Baru Cina PEKAWANIS, atas kehilangan puteri Amanda Dany Shah. Al- Fatihah," Khalid menulis.

Setiausaha akhbar Khalid Arfa'eza Aziz berkata beliau menghadiri majlis di Kuala Selangor pada masa kejadian itu.

"Terdapat kira-kira 400 tetamu di rumah terbuka yang diadakan di dewan di tingkat bawah kediaman," katanya ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment