Search This Blog

Tuesday, January 28, 2014

Banteras penjaja haram di sekolah - Utusan Online - Blog Makanan di Selangor

Banteras penjaja haram <b>di</b> sekolah - Utusan Online - Blog Makanan di Selangor


Banteras penjaja haram <b>di</b> sekolah - Utusan Online

Posted: 26 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

Tindakan penjaja tanpa lesen yang menjual makanan ringan tidak berkhasiat di perkarangan luar sekolah perlu dibanteras kerana boleh menjejaskan kesihatan murid.

Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2, Abdul Aziz Mohamed (gambar) berkata, kandungan makanan ringan terutama yang diimport dari luar negara meragukan.

"Beberapa kes bahan makanan dan susu formula bayi yang tercemar di luar negara khususnya di China yang ditarik balik dari pasaran wajar dijadikan teladan.

"Jika berlaku sesuatu kepada murid, pihak sekolah yang akan dipertanggungjawabkan, walaupun jualan makanan atau minuman tidak berkhasiat itu dilakukan oleh mereka yang tidak mendapat kebenaran daripada kami," katanya ketika ditemui di pejabatnya dekat Shah Alam, Selangor baru- baru ini.

Penjaja tanpa lesen ini lazimnya beroperasi di kawasan pintu masuk sekolah dengan menggunakan kenderaan persendirian.

Walaupun ada tanda larangan berniaga di kawasan luar premis sekolah namun tidak diendahkan oleh penjaja yang berurus niaga dengan membuka but kereta.

Menurut Abdul Aziz, pihak sekolah tiada kuasa undang- undang untuk mengambil tindakan kepada penjaja terbabit kecuali memberi nasihat kepada murid- murid agar menjauhi makanan tidak berkhasiat.

"Tindakan undang- undang hanya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) namun apabila ada operasi penguatkuasaan, penjaja ini akan menikus seketika sebelum kembali aktif berniaga," terang beliau.

Selain makanan ringan, penjaja terbabit turut menjual air minuman yang tidak diketahui puncanya dan dimasak pada suhu yang sepatutnya atau tidak.

Hal ini perlu ditegah dan dicegah untuk mengelakkan kejadian keracunan makanan di kalangan murid.

Paling utama, pencegahan ini penting untuk menghindarkan murid daripada membazir dan berbelanja untuk membeli barangan yang tidak perlu.

"Ada di kalangan penjaja yang menjual pistol mainan serta aksesori perhiasan diri seperti rantai, gelang dan cekak rambut.

"Pembelian barangan tidak perlu ini kadang kala menyebabkan sesetengah murid sanggup mengikat perut dengan tidak membeli makanan semasa waktu rehat," ujar Abdul Aziz.

Menurut beliau, keadaan itu tentunya tidak baik untuk perkembangan minda dan tumbesaran murid.

Malah, pistol mainan yang dijual juga boleh membahayakan keselamatan murid-murid.

Oleh itu, satu tindakan pembanterasan perlu dilakukan kerana masalah penjaja tanpa lesen yang berniaga di perkarangan luar kawasan sekolah ini berlaku di seluruh negara.

Jika perlu, gubal satu akta yang membenarkan pihak sekolah mengambil tindakan perundangan kepada penjaja yang berniaga dalam radius lima kilometer dari kawasan sekolah.

Mungkin melalui penggubalan akta itu akan lebih menjamin kesihatan dan keselamatan murid di sekolah daripada risiko penyakit berbahaya untuk jangka masa panjang.

Jawatan Kosong <b>di</b> Kelab Shah Alam <b>Selangor</b> Disember 2013 Terkini

Posted: 18 Dec 2013 09:22 PM PST


Jawatan Kosong di Kelab Shah Alam Selangor Disember 2013 Terkini :

  • Lounge Assistant
  • Pelayan Restoran
  • Setiausaha Pengurus Makanan & Minuman
  • Kerani Sukan & Rekreaksi
  • Atendan Sukan
  • Receptionist
  • Pool Supervisor
  • Penyelia Makanan & Minuman
  • Kapten Makanan & Minuman
  • F&B Bartender
Tags : restoren makanan terengganu di selangorjawatan kosong 2014/2015 terkinijawatan kosong restoran 2014Jawatan kosong pelayan restorenlogistics area shah alam jawatan kosongjawatan kosong reatoran 2014jawatan kosong restoran terengganu 2014kerja kosong pelayan restorankerja kosong kuantan pahang kedai makankeje kosong restoranjawatan kosong restoran shah alam 2014jawatan kosong kedai makan terengganu 2014jawatan kosong pengurusan sukanjawatan kosong pengurus restoran 2014Jawatan kosong kerani di shah alam 2014 2015
Jawatan Kosong di Kelab Shah Alam Selangor Disember 2013

3 votes, 5.00 avg. rating (99% score)

<b>Makanan</b> Western Sedap <b>di</b> Kuala Terengganu | Farisya Anastasyia

Posted: 22 Jan 2014 09:47 PM PST

Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu | Mungkin ramai tak tahu kat mana nak dapatkan makanan western yang sedap di Kuala Terengganu kan?Kali ni FA nak kongsikan dengan semua sebuah restoran yang menyajikan makanan Western Sedap di Kuala Terengganu.Mungkin restoran ini boleh dikategorikan sebagai tempat makan sedap di Kuala Terengganu.Siapa tahu?

Restoran Tappers mungkin dah familiar dengan korang yang biasa jenguk restoran di area KL dan Selangor sebab restoran ni mempunyai banyak cawangan dan di pantai Timur,hanya Kuala Terengganu sahaja baru mempunyai restoran Tappers ni.Berkonsepkan moden barat,suasana dalam restoran ni memang romantik bagi mereka yang sukakan ketenangan ketika menjamu selera.FA pun dah jatuh hati dengan rekaan dalaman restoran ni waktu pertama kali menjejakkan kaki ke sini.

Dah nama pun macam barat,sah-sah la makanan barat yang majoriti disediakan di sini.More photos,less talk.Jom layan gambar-gambar menarik dari FA. *erkk menarik ke?*

1x1.trans Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

Gambaran Depan Restoran The Tappers

1x1.trans Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

Suasana dalam The Tappers

1x1.trans Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

Suasana Dalam The Tappers

1x1.trans Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

Suasana Dalam The Tappers

1x1.trans Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

Honey French Toast

Untuk Honey French Toast ni,FA memang addicted giler dengan yang ni.Sedap tak terkata.Makan roti ni saje pun dah kenyang.Hehehe.

1x1.trans Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

Chicken Carbonara

Seriusly FA cakap,makanan dia boleh makan untuk dua orang.Banyak sangat sampai FA sendiri tak habis makan.Padahal FA ni memang jenis makan banyak dah.Hehe.

1x1.trans Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

Tappers Hainanese Chicken Chop

1x1.trans Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

Chicken Teriyaki Rice

1x1.trans Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

Spagethi Cream Carbonara

Credit Gambar:tappers.com.my

Spagethi Cream Carbonara ni boleh makan untuk dua orang sebab banyak weh.Bukan senang nak habiskan ni.Kalau korang nak datang Tappers,pastikan perut korang betul-betul lapar yer.Hehe.

Harga?Boleh tahan sebab standard makanan barat memang macam tu harga dia.Tambah-tambah sekarang dah ada GST kan?Hehe.Tapi affordable okai.Jangan risau.Korang takkan menyesal bayar sebab makanan kat restoran Tappers Kuala Terengganu ni memang sedap dan berbaloi-baloi.Hee.

Bagi korang yang datang Kuala Terengganu dan masih tercari-cari makanan western sedap di Kuala Terengganu,boleh singgah di Restoran Tappers ni.Rujuk alamat di bawah.

Tappers
No. 73 (Double Frontage)
Jalan Bandar
20100 Kuala Terengganu
Tel:09 620 5096
Daily 9 AM – 11 PM

Farisya Anastasyia atau nama sebenar Nur Amni Insyirah Hussin merupakan seorang blogger separuh masa.Mula berkecimpung dalam dunia penulisan blog sejak awal Februari 2011.Gemar berkongsi ilmu dengan kawan-kawan di media sosial dan para pembaca sesuai dengan tagline blog 'Ilmu Dikongsi Bersama'.Kenali penulis dengan lebih lanjut di ruangan Pena Seorang Blogger.

Malaysia Waves: Demo UMNO <b>Selangor</b> Untuk Alih Pandangan <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2014 10:24 PM PST

Diminta seluruh rakyat Malaysia janganlah terkesan dan teruja dengan kerenah beberapa kerat dari UMNO Selangor yang kononnya mahu berdemo di Gereja2 seluruh Selangor.

Kononnya mahu menentang penggunaan kalimah Allah oleh Gereja2 di Selangor.

Semua ini adalah sandiwara semata-mata.

Semua ini adalah bertujuan untuk alih pandangan dari isu sebenar yang menghimpit rakyat Malaysia dan orang Melayu/Islam terutamanya.

Yakni isu kenaikan harga barang.

Lebih2 lagi kenaikkan harga barang di Malaysia berlaku dalam keadaan komoditi2 sedang mengalami penurunan harga di pasaran dunia.

Oleh kerana Malaysia mengimport hampir 80% keperluan makanan kita maka Malaysia terkesan kalau berlaku kenaikkan harga komoditi di pasaran dunia.

Di zaman Pak Lah misalnya harga2 barangan kesemuanya naik kerana harga komoditi semuanya naik menggila.

Misalnya, harga minyak naik ke USD139 setong. Begitu juga harga getah, kelapa sawit, arang batu dsbnya.

Harga gula, beras, gandum dan segala bahan makanan dalam dunia juga naik pada zaman Pak Lah.

Semua akibat kenaikan harga minyak yang begitu menggila pada waktu itu.

Namun pada hari ini boleh dikatakan semua harga komoditi dan bahan makanan dunia mengalami proses penurunan.

Misalnya Minyak sudah turun ke USD95 setong.

Begitu juga dgn harga gula, beras, gandum dan sebagainya.

Maka, apa sebab Najib mahu menaikkan segala harga barang?

Harga gula misalnya lebih tinggi dari negara2 lain yang tidak memberi subsidi.

Ini satu kegilaan.

Sepatutnya harga bahan makanan di Malaysia menurun kerana kos mengimpot barang makanan telah menurun berbanding awal 2008 yang lepas.

Tapi kerana ekonomi Malaysia ditadbir oleh UMNO maka ekonomi kita juga telah menjadi gila.

Yang kenyang dan kaya hanyalah kroni2 UMNO.

Untuk mempertahankan kroni2 ini, maka isu Kalimah Allah, Bughah dan Murtad dicipta.

Demo2 tidak berfaedah dianjurkan oleh UMNO.

Semuanya untuk mengalih pandangan rakyat dan orang Melayu dari isu kenaikan harga barang yang tidak masuk akal.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

No comments:

Post a Comment