Barang Naik: Semua mahal <b>di</b> Kuala Terengganu - rakyat marhaen - Blog Makanan di Selangor |
Barang Naik: Semua mahal <b>di</b> Kuala Terengganu - rakyat marhaen Posted: 17 Jan 2014 06:04 PM PST KUALA TERENGGANU - "Di Kuala Terengganu, serba serbi mahal," itulah jawapan pertama yang diberikan kebanyakan masyarakat apabila ditanya mengenai kos hidup di bandar raya ini. Pekerja swasta, Noraini Salleh, 50, berkata, dengan gaji yang diterimanya kini, ditambah dengan kos hidup terutama barangan keperluan yang tinggi, tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya bersama anak-anak jika tidak berbelanja secara berhemah. "Kalau tanya di Terengganu apa yang mahal? saya akan kata serba serbi mahal. Paling ketara nampak mahal berbanding tempat lain ialah makanan dan barangan keperluan asas. "Sewa teksi pun mahal di sini, kalau dari rumah saya di Kampung Gong Tok Nasek nak ke tempat kerja di Pasar Payang, paling tidak pun perlu bayar RM15 untuk pergi balik. Jadi, duit gaji hanya memadai untuk bayar tambang teksi sahaja. Tetapi, Alhamdulillah, sekarang saya telah mempunyai kenaikan sendiri untuk ke tempat kerja," katanya. Sementara itu, peniaga, Hanif Maiyus, 30, berkata, walaupun berniaga jam dan memiliki sebuah kedai, dia tidak mampu untuk menyimpan duit jika tidak membuat pekerjaan sampingan lain seperti berniaga online dan sebagainya. "Dengan pendapatan sedia ada sekarang, saya rasa saya belum mampu menyimpan duit. Malahan, saya terpaksa mencari kerja lain untuk cari pendapatan lebih menjelang bulan seterusnya. "Apa yang ketara mahal di Kuala Terengganu ialah makanan, memang mahal. Kalau kos sewa rumah tu agak biasa cuma mahal atau murah bergantung pada lokasi rumah yang disewa. "Dengan kenaikan harga barang sekarang, saya tidak yakin mampu tanggung kos kehidupan dengan sempurna pada masa akan datang," katanya.
"Itu perbelanjaan bagi kami yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika telah mempunyai anak nanti. Adakah kami mampu simpan duit setiap bulan atau sebaliknya. "Kalau sebelum ini saya boleh juga menyimpan duit untuk simpanan, sekarang ada kalanya boleh menyimpan, ada kalanya tidak sempat untuk simpan, duit dah habis," katanya. Seorang pelancong yang berkunjung ke Kuala Terengganu, Alias Lazim, 66, yang menetap di Selangor, berkata, dia amat terkejut dengan harga makanan di Terengganu yang disifatkan begitu mahal dan tidak masuk akal. "Bayangkan, saya beli nasi putih dan ikan keli sambal sahaja untuk makan tengah hari dah mencecah RM5.50. Kalau di Selangor saya boleh dapat dalam lingkungan RM4 sahaja. Saya hairan mengapa di sini harga makanan terlalu mahal. "Pada saya, kalau nak kata kenaikan harga barangan basah, di tempat lain juga harganya naik, tetapi mengapa di sini peniaga boleh naikkan harga begitu tinggi? Sebab itulah saya sarankan kita boikot peniaga yang jual mahal," katanya. Alias yang berkunjung ke Kuala Terengganu tinggal di sebuah bilik yang disewa di sebuah hotel bandar raya dengan harga RM40 semalaman. "Mengenai kadar sewa hotel atau bilik tu saya agak puas hati, sebab harga yang dikenakan lebih kurang sama dengan tempat lain. Tetapi, bila menyentuh mengenai harga makanan, pakaian dan barangan lain, saya agak terkilan kerana harganya amat mahal. "Bayangkan, bagaimana mereka yang gaji RM20 sehari mahu 'survive' kalau nasi dan ikan keli sahaja dah sampai RM5.50? Macam mana mereka nak tampung keperluan lain. Itu di kedai makan yang biasa dikunjungi, bukan yang tak biasa," katanya. Bekas pelajar, Siti Zulaikha Zulkifli, 18, pula berkata, harga makanan dan pakaian di Kuala Terengganu agak mahal berbanding di tempat lain, sebab itu tidak hairanlah jika laporan menyebut, ia termasuk antara 10 bandar paling tinggi kos sara hidup di Malaysia. "Saya masih belum mendapat pekerjaan tetap dan kini hanya bekerja dengan ibu saya. Walaupun begitu, saya turut merasai harga makanan dan barangan keperluan di Kuala Terengganu mahal berbanding tempat lain," katanya. Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh sebuah portal online, Kuala Terengganu dilaporkan sebagai bandar keenam paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup. Menjuarai carta adalah bahagian pulau di Pulau Pinang diikuti Bintulu, Sarawak, Paka/Kerteh di Terengganu, Miri Sarawak, Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Klang, Labuan dan Johor Baru. Perkara yang dikaji adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minimum untuk hidup sempurna. | ||
Harga <b>Makanan Di</b> Kantin Sekolah Sentiasa Dipantau, Kata Menteri <b>...</b> Posted: 16 Jan 2014 01:11 AM PST
Beliau berkata hasil beberapa lawatan mengejut, pemantauan berterusan serta makluman balas lain, pihaknya mendapati tiada kenaikan harga makanan di kantin sekolah. Namun, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kantin yang menaikkan harga makanan tetapi setelah ditegur guru besar atau pengetua sekolah berkenaan, pengusaha kantin menurunkan kembali harga makanan. Katanya kerajaan akur dengan kenaikan harga beberapa barangan ketika ini tetapi pengusaha kantin tidak sepatutnya menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya. "Hari ini, dalam lawatan mengejut saya ke kantin sekolah ini, kami dapati harga makanan di kantin ini kekal seperti sebelumnya...tiada kenaikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kantin Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 di sini. Idris berkata lawatan itu sebahagian daripada program turun padang selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua menteri kabinet memantau isu-isu berkaitan kenaikan harga barangan. Program itu dapat memberi input penting kepada pihak kementerian dalam merancangkan pelbagai usaha untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menghadapi isu kenaikan harga barangan, katanya. Beliau berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, peka dan prihatin dengan cabaran dihadapi rakyat, ia sentiasa memantau harga barangan bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan masalah itu. - BERNAMA
Rata-rata ramai ibu bapa yang mengeluh dengan kenaikan harga makanan yang dijual oleh pengusaha-pengusaha kantin sekolah. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment