Search This Blog

Friday, January 17, 2014

Malaysia Waves: Demo UMNO Selangor Untuk Alih Pandangan ... - Blog Makanan di Selangor

Malaysia Waves: Demo UMNO <b>Selangor</b> Untuk Alih Pandangan <b>...</b> - Blog Makanan di Selangor


Malaysia Waves: Demo UMNO <b>Selangor</b> Untuk Alih Pandangan <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2014 10:24 PM PST

Diminta seluruh rakyat Malaysia janganlah terkesan dan teruja dengan kerenah beberapa kerat dari UMNO Selangor yang kononnya mahu berdemo di Gereja2 seluruh Selangor.

Kononnya mahu menentang penggunaan kalimah Allah oleh Gereja2 di Selangor.

Semua ini adalah sandiwara semata-mata.

Semua ini adalah bertujuan untuk alih pandangan dari isu sebenar yang menghimpit rakyat Malaysia dan orang Melayu/Islam terutamanya.

Yakni isu kenaikan harga barang.

Lebih2 lagi kenaikkan harga barang di Malaysia berlaku dalam keadaan komoditi2 sedang mengalami penurunan harga di pasaran dunia.

Oleh kerana Malaysia mengimport hampir 80% keperluan makanan kita maka Malaysia terkesan kalau berlaku kenaikkan harga komoditi di pasaran dunia.

Di zaman Pak Lah misalnya harga2 barangan kesemuanya naik kerana harga komoditi semuanya naik menggila.

Misalnya, harga minyak naik ke USD139 setong. Begitu juga harga getah, kelapa sawit, arang batu dsbnya.

Harga gula, beras, gandum dan segala bahan makanan dalam dunia juga naik pada zaman Pak Lah.

Semua akibat kenaikan harga minyak yang begitu menggila pada waktu itu.

Namun pada hari ini boleh dikatakan semua harga komoditi dan bahan makanan dunia mengalami proses penurunan.

Misalnya Minyak sudah turun ke USD95 setong.

Begitu juga dgn harga gula, beras, gandum dan sebagainya.

Maka, apa sebab Najib mahu menaikkan segala harga barang?

Harga gula misalnya lebih tinggi dari negara2 lain yang tidak memberi subsidi.

Ini satu kegilaan.

Sepatutnya harga bahan makanan di Malaysia menurun kerana kos mengimpot barang makanan telah menurun berbanding awal 2008 yang lepas.

Tapi kerana ekonomi Malaysia ditadbir oleh UMNO maka ekonomi kita juga telah menjadi gila.

Yang kenyang dan kaya hanyalah kroni2 UMNO.

Untuk mempertahankan kroni2 ini, maka isu Kalimah Allah, Bughah dan Murtad dicipta.

Demo2 tidak berfaedah dianjurkan oleh UMNO.

Semuanya untuk mengalih pandangan rakyat dan orang Melayu dari isu kenaikan harga barang yang tidak masuk akal.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

No comments:

Post a Comment