Search This Blog

Tuesday, January 28, 2014

Taipingmali : Isu Pemecatan Khalid Ibrahim: Konspirasi ... - Blog Makanan di Selangor

Taipingmali : Isu Pemecatan Khalid Ibrahim: Konspirasi <b>...</b> - Blog Makanan di Selangor


Taipingmali : Isu Pemecatan Khalid Ibrahim: Konspirasi <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 11:55 PM PST

Perpecahan di dalam PKR di antara 'kem Azmin' dan 'kem Wan Azizah' bukanlah satu rahsia lagi.  Seluruh rakyat tahu bahawa Azmin dan Kak Wan tidak mampu bertentang mata berikutan hubungan akrab Azmin dengan Anwar dan juga hubungan sulit isteri Azmin, Shamsidar dengan Anwar.  Sesungguhnya, hubungan kedua-dua keluarga ini amatlah 'kompleks' sehingga ke tahap tidak masuk akal untuk digambarkan.  Sekali gus, menjadikannya sukar untuk dipercayai. 
 
Bagaimanapun, hubungan yang tidak masuk akal ini adalah fakta dan buktinya sehingga kini sama ada Azmin, Anwar, Kak Wan atau Shamsidar sendiri sentiasa mengelak untuk menyentuh secara terperinci berkenaan hubungan keluarga mereka.  Malah, Anwar juga enggan menyaman sesiapa yang memperkatakan soal hubungannya dengan Shamsidar walaupun pemimpin PKR itu cukup terkenal dengan saman-menyaman sehingga bertanyakan soalan juga boleh disamannya. 
 
Seperti mana-mana politikus lain, kedua-dua Azmin dan Kak Wan juga mempunyai pengikut setia masing-masing dan turut bersaing bukan sahaja untuk mengambil hati Anwar, tetapi juga untuk berkuasa.  Setakat ini, kem Kak Wan dilihat berjaya mengatasi Azmin apabila Khalid Ibrahim dari kem Kak Wan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. 
 
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna Azmin tersisih terus.  Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR terus menjadi orang yang paling dipercayai Anwar. 
 
Pun begitu, sifat tamak para pemimpin PKR ini tidak mampu membuatkan mereka berpuas hati dengan jawatan yang disandang.   Cubaan menyingkirkan masing-masing terus berjalan dan semakin hebat sejak akhir-akhir ini.  Di samping itu juga, kedua-dua pihak cuba mengukuhkan kedudukan masing-masing dengan cara tersendiri. 
 
Bertitik tolak dari itu, Khalid Ibrahim melancarkan strategi mengukuhkan kedudukan dengan menaikkan elaun exco bagi menjamin sokongan mereka terhadapnya.  Azmin pantas mengkritik tindakan Khalid itu dan disokong oleh Anwar Ibrahim.  Kritikan kedua pemimpin tertinggi PKR ini menjadikan kerusi Khalid Ibrahim semakin panas. 
 
Tidak cukup dengan itu, pada 8 Januari lalu, Khalid Ibrahim kemudian melancarkan satu lagi serangan terhadap Azmin dengan memecat beliau dari Lembaga Pengarah PKNS.  Beliau bagaimanapun menafikan mengarahkan pemecatan tersebut dan kemudian memberi masa dua minggu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi untuk membuat siasatan terhadap Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif perbadanan itu, Norita Mohd Sidek berkenaan penamatan kontrak Azmin. 
 
Berikutan itu, Malaysian Insider melaporkan yang Anwar secara terbuka di dalam Mesyuarat PKR menyatakannya bahawa beliau tidak lagi dapat menyokong Khalid Ibrahim.  Anwar dikatakan merungut kerana Khalid langsung tidak berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti dalam membuat keputusan mengenai Selangor.  Sebelum ini juga Anwar telah mengkritik Khalid mengenai kegagalannya membelanjakan peruntukan RM2.8 billion untuk pembangunan di Selangor. 
 
Melalui mesyuarat yang sama, beberapa pemimpin PKR lain juga mula mendesak agar Khalid Ibrahim disingkirkan. 
Bagi menambah kekusutan, akhbar Sin Chew Daily pula menyiarkan berita bahawa Khalid Ibrahim telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan diganti dengan Azmin Ali.  Khalid dikatakan berang dengan laporan tidak benar itu dan menuntut agar akhbar tersebut membuat penjelasan mengenainya. 
 
Walaupun Khalid mendapat sokongan padu dari Presiden Parti, tetapi Azmin mendapt sokongan padu dari Ketua Umum.  Justeru, secara tidak langsung, ramai yang melihat perbalahan antara Azmin-Khalid adalah sebenarnya adalah pertembungan antara pengaruh Wan Azizah-Anwar.  Jika ini benar, maka tentu sekali kem Kak Wan tidak punya harapan. 
 
Walaubagaimanapun, politik itu tidak mempunyai peraturan.  Rakan boleh menjadi musuh dan musuh boleh menjadi sahabat dalam sekelip mata.  Apa yang kita mungkin terlepas pandang ialah kemungkinan semua ini hanyalah lakonan semata-mata. 
 
Khabar menyatakan bahawa Azmin dan Khalid kini mengatur strategi bersama untuk menyingkirkan Wan Azizah.   Dengan kedudukan Anwar yang semakin tidak relevan dan Kak Wan pula bagaikan tidak wujud lagi, maka teori konspirasi ini tidaklah mengejutkan. 
 
Sekiranya Wan Azizah disingkirkan, maka Azmin boleh saja mengambil tempat beliau sekali gus meletakkan Azmin selangkah lebih dekat dengan jawatan Anwar sendiri. 
 
Mungkin teori ini agak 'keterlaluan' dan tidak masuk akal.  Namun, jangan lupa bahawa apa sahaja tentang Anwar, Azmin, Azizah dan kuncu-kuncu mereka adalah tidak tertakluk kepada logik akal.  Mereka mampu hidup secara songsang, tunggang terbalik dan tungging ke belakang, dan mereka mampu berbuat apa saja demi kuasa. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kelantan <b>Selangor</b> JDT Pahang dan Terengganu Semuanya kalah <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2014 05:29 PM PST

terengganu kelantan jdt pahang atm selangor liga super ..


selangor vs pahang liga super 2014 live score


video gol selangor vs pahang liga super 2014


live streaming selangor vs pahang liga super 28 januari..


selangor vs pahang 28 01 2014 selasa


fenomena suhu sejuk melanda kelantan dan terengganu


tandukan pemusnah paulo rangel bantu selangor benam pah..


keputusan penuh perlawanan ketiga liga super 2014 selan..


preview perlawanan ketiga liga super 2014 selangor mela..


selangor vs pahang


live streaming selangor vs pahang 2014


siaran langsung selangor vs pahang 28 jan 2014 445 peta..


keputusan terkini perlawanan ketiga liga super 2014 sel..


8 gambar kemalangan maut tiga kenderaan di temerloh pah..


28 januari keputusan penuh selangor vs pahang liga supe..


biarkan jdt kalah


siaran langsung selangor vs pahang 28 januari 2014


fenomena sejuk melampau melanda terengganu kelantan


keputusan final piala malaysia 2013 kelantan lwn pahang


highlights terengganu mln pahang shahzan muda 21 januar..


Perebutan Jawatan MB <b>Selangor</b> Antara Khalid dan Azmin Demi <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 01:07 AM PST

Pergaduhan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali di Selangor memasuki zon menyusahkan rakyat. Ini berikutan kegagalan Anwar Ibrahim yang juga Ketua umum parti PKR untuk menangani isu tersebut.

Anwar Ibrahim dikatakan memerlukan kedua-duanya samada Khalid dan Azmin. Anwar perlukan Khalid ketika beliau memerlukan wang saku untuk menyara hidupnya kerana elaun RM1 sebagai penasihat kewangan Selangor hanyalah gimik politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.

Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim juga perlukan Azmin kerana Azmin mempunyai ramai penyokong dan jika Azmin Ali berpaling tadah Anwar Ibrahim juga akan turut tumbang.

Dalam keadaan kelam kabut pemimpin Dap berjaya mencuri peluang iaitu dengan merampas tanah yang diduduki oleh pusat Giat Mara untuk diberikan kepada syarikat kroni mereka.

Bukan itu sahaja Dap berjaya meluluskan pembinaan sebuah gereja bernilai jutaan Ringgit Malaysia dikawasan majoriti penduduk Islam di Tanjung Karang. Azam mereka ialah lebih banyak gereja akan dibina sepanjang pemerintahan mereka seiring dengan surau yang dibina oleh umat Islam disetiap kampung.

Pada ketika ini rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup dan pakatan rakyat yang berkhidmat untuk rakyat sibuk berbalah demi merebut jawatan menteri besar Selangor.

Parti serpihan pakatan rakyat iaitu Pas kini mula membuka mulut walaupun dalam keadaan takut kepada pemimpin Dap Selangor.

Menurut mereka perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa untuk rakyat negeri Selangor.


Pas berkata dulu semasa berkempen Pakatan Rakyat berjanji akan memberikan keutamaan serta fokus yang tidak berbelah-bahagi ke arah isu-isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat. 

Tetapi sehingga kini satu habuk apa pun tak dibuat untuk kepentingan rakyat dan semuanya untuk kepentingan kepentingan peribadi sahaja.

Konflik di antara Abdul Khalid dan Azmin timbul kembali baru-baru ini selepas kontrak Timbalan Presiden PKR itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditamatkan tanpa alasan oleh Khalid Ibrahim.

Untuk mengelak daripada dituduh menganiaya Azmin Ali, Khalid memecat dua pegawai PKNS iaitu 

Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek hanya kerana menandatangani surat pemecatan tersebut.
Menurut kedua-dua pegawai tersebut mereka menanda tangan sahaja sedangkan arahan datangnya daripada pentadbiran Khalid

Menurut sumber sebenarnya jawatan Azmin Ali sebagai ahli jawatankuasa PKNS akan tamat kontraknya pada 2015. 

PRU14 masih lama lagi PKR boleh membuat sesuka hati mereka setelah menang bergaya dalam mencipta persepsi, fitnah dan tohmahan kepada parti lawan lebih-lebih lagi kepada orang Melayu yang mudah dipujuk oleh Anwar Ibrahim.

Ibnu Hasyim: Anak Ziana Zain Lawan Ibunya, Macam Blogger Kritik <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2014 07:00 AM PST


HALAMAN HIBURAN

KL: Penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain, 46, mendedahkan anak sulungnya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor ada memintanya memakai hijab serta menutup aurat.

Jelas Ziana, Aiman malah turut berpesan kepadanya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, dia perlu memakai hijab sebagai tanda menghormati status sekolah anaknya itu.

"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; '... bila Mama nak pakai tudung'?
"Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
"Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana," kongsi Ziana perihal anak sulungnya itu kepada Gua.com.my.

Dalam masa yang sama, Ziana juga turut berkongsi tentang pengalamannya beberapa kali berada di sekolah anaknya. Jelasnya, ramai juga rakan-rakan anaknya yang seronok bertemu dengannya.

"Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam," cerita Ziana lagi.

Biarpun beberapa kali sudah ditegur oleh anaknya tentang berhijab dan memakai menutup aurat, Ziana tidak pernah memarahi anaknya itu. Malah dia bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kisah di atas anak Ziana Zain mengkritik ibunya yang disayang, menyuruh ibunya bertudung dan menutup aurat. Al-hamdulillah, dia bukan anak derhaka, dia menyuruh orang berbuat baik, walaupun yang didakwah itu adalah ibu yang mendidiknya sejak kecil.

Lebih kurang macam pengkritik-pengkrtik pemerintah negara ini, yang mahu mengislah negara ibu pertiwinya supaya jadi elok. Tetapi malangnya, puak-puak agama peng'ampu sana-ampu sini' mengecop pejuang-pejuang kebenaran itu, sebagai 'bughah' atau penderhaka, yang ingin memporak-peranda negara ini, dan boleh di hukum bunuh. Na'auzubillah!

Termasuk juga blogger-blogger penegak kebenaran atau dai yang menyambungsampai sesuatu dari Islam dan Nabinya, walau satu ayat. Allahu Akbar!

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai)  
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Lihat artikel

No comments:

Post a Comment