Search This Blog

Friday, January 17, 2014

Katering paling murah dan sedap di Kuala Lumpur dan Selangor ... - Blog Makanan di Selangor

Katering paling murah dan sedap <b>di</b> Kuala Lumpur dan <b>Selangor</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Selangor


Katering paling murah dan sedap <b>di</b> Kuala Lumpur dan <b>Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2014 12:17 AM PST

to be honest, selain mak aku, sepanjanggg asal ada majlis makan-makan dekat rumah, aku tak nak air tangan orang lain sebab aku tak confident dengan tahap kebersihan dan tahap kesedapan dia. :p jadi dari duluuuuuuu masa awal-awal kawen sampaii la sekarang yang dah nak beranak pinak ni pon still orang yang sama akan masak kalau aku ada buat majlis makan apa-apa contohnya time masa open house raya 2012 hari tu. kenalkan koranggg, ni la abang fifi dan ruby, antara kawan susah senang akuuuu anyonyonyooo. :')



aku kenal diorang time zaman kitorang belum kawen lagiii. time tu aku praktikal dekat Crystal Crown Hotel, abg fifi chef dekat situ. dah namaaa pon cheffff kannnnnnn. kaw bagi la dia masak gajah harimau sekalipun boleh jadi sedapppp mihmihmih. antara aku paaaaling kagum, aku kalau nak masak bagi ramai-ramai orang makan hoiii menggelabah jangan cakap. si fifi dengan ruby ni, kalau makanan nak keluar pukul 11 pagi, pukul 7 pagi dorang sempat lagi berdondang sayang masak berlenggang-lenggang padahal kalau akuu, dah terburaiii isi perut hokeyyyyy berdebar takut tak sempat siap. ;) mungkin dorang dah terbiasa kann. setakat 100 200 orang makan, pejam mata babeee. kehkehkeh. :)




ni first time tauu aku rekemen dorang open for public cenggini. :p selalu aku taknak orang tau sape tukang masak dekat rumah aku sebab nanti sama sedap laa makanan dekat rumah kita kahkahkah. :P so lepas ni, kalau korang nak buat sebarang majlis makan-makan tak kira dekat rumah korang ke, dekat office ke, tak kesah jamuan ape birthday party ke, annual party ke, majlis kawen ke majlis tunang ke, open house ke, house warming ke, raya ke, majlis kesyukuran ke, majlis akikah cukur jambul ke ehemmm ehemmmm :p, segala mak nenek majlis makan-makan la, aku sangatttt merekemen korang untuk test power masakan dorang. Chef 5 star hotel ni babeeeeeeee! :) hoiii tak boleh puji lebih-lebih kang kembang setaman tak kuasaaaa geliii muehehe. :p bab harga korang jangan risauuuu. aku rasa paling murah kottt setakat aku dekat kl ni berbanding dengan kualiti dia. 

ohh hari tu abang mila kawen pon si mila amek pakej dengan abang fifi. ni aku print screen siap-siap sebagai tanda bukti bukan tekak aku jeee cakap sedappppp muehehe. :)








dan setahu aku, dorang takde limit minimum untuk berapa orang makan takde. semua boleh discuss. call je tanya dan bincang. dorang sikittt pon tak cerewet selama aku kenal. sebab kadang-kadang sesetengah catering dorang bagi limit minimum 100 orang makan baruuu dorang akan masakkan kannnn. dengan abg fifi dan ruby ni kaw tepon je, dorang semua bolehhhhhh tak kesah berapa-berapa. selain dari kerja sepenuh masa sebagai chef di Hotel Hilton, dorang dah selalu jugak masak untuk catering majlis kawen, majlis open house, majlis anak yatim segala ni. cuma dorang baruuuuuu berkecimpung dengan facebook tu pon selepas beberapa kali dipaksa muehehehe :p 



haa nanti kalau korang nak tempah atau nak tau quotation harga segala, korang boleh terus contact dorang di facebook ni atau nak lagi senang, telefon je terus cakap untuk berapa orang makan, nak dia masakkan ape. kadang dia memang dah sediakan pakej pakej makanan tapi kalau korang nak ikut taste atau pakej korang sendiri pon boleh. korang boleh contact 

abg fifi di 012-2565299 / 011-14362650 

ruby di 017-3996985 / 011-1436265


jangan lupaaaa mention nama nadia tauuuu, nanti insyaAllah dorang bagi diskaun :)) ohh time kitorang kawen dulu, abg fifi ni la masakkan hidangan pengantin kitorang. nampakkkkkk, betapa jauhnyaaa import chef dari kl ke terengganu semata-mata nak dia masak. aku tak rekemen babee kalau tak sedapppp percayaaa aaaa. :) ehemm, akikah majlis berendoi cukur jambul segala nadia cop siap-siap ehhhhhhh abg fifiii muahahahaha :p dan ohhh sebelum terlupa, dorang cover semuaa area kuala lumpur dan selangor. senang cite korang call sendiri la tanyaaa ehhhh. :))

Langat 2: Xavier Marah Khalid Tolong Kerajaan Pusat Bantu Rakyat <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 06:03 PM PST

January 15, 2014   ·   48 Comments

Nyenyak tidur ADUN Seri Andalas dalam dewan DUN...

Marah benar nampaknya ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar, bila MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meluluskan pembinaan loji rawatan air, Langat 2, yang tertangguh pembinaannya sejak tahun 2008. Geramnya hingga sanggup menulis ketidakpuasan hatinya di portal Malaysiakini!

Pada Rabu lalu, Khalid memberitahu media bahawa Langat 2 diluluskan Kerajaan Negeri Selangor ekoran kegagalan Kerajaan pimpinannya mengambil alih keempat-empat syarikat konsesi air di negeri itu mengikut kaedah penguatkuasaan Seksyen 114, Akta Wasia, demi kepentingan rakyat.

Peliknya, walaupun Xavier yang sebenarnya marah pada Khalid, dia babitkan nama "rakyat Selangor". Tajuk tulisannya, "Langat 2: Rakyat Selangor Terkejut MB Buat U-Turn", membuktikan Xavier cuba mempergunakan nama "rakyat Selangor" untuk melampiaskan kemarahannya.

Betulkah rakyat Selangor marah dengan tindakan Khalid Ibrahim itu?

Dalam perkembangan yang sama, budak setahun jagung yang di"gah"kan dengan jawatan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, cepat-cepat memberi "amaran" pada Kerajaan Pusat supaya tidak menaikkan tariff air di Selangor selepas industri air di Selangor dikendalikan oleh KeTTHA. Boleh "warning" pula?

Syabas saya ucapkan pada Khalid atas tindakan meluluskan pembinaan Langat 2. Cuma saya agak terkilan, kenapa dia lewat sangat buat keputusan begitu? Apa yang membuat dia melengah-lengahkan pembinaan Langat 2? Kenapa dia tidak teruskan saja Langat 2 pada tahun 2008? Sebab partinya tak beri izin?

Sebelum ini jenuh Khalid beri alasan. Nak tadah air hujan, nak gunakan air lombong, nak proses air kumbahan pun ada! Ada sekali dia jemput pakar perkhidmatan air dari Kanada untuk selesaikan kemelut air di Selangor. Tapi kaedah "imported from Canada" (padahal teknologi membran ada di Malaysia sudah 7 tahun!) juga tak nampak bayang…!

Selepas rakyat Selangor tak mandi, membasuh di sungai, guna air kolam di masjid dan terpaksa guna air hujan, baru dia nak luluskan? Selepas rakyat Lembah Klang selalu terputus bekalan air berminggu-minggu dan selepas puas menghentam SYABAS dan UMNO/BN, baru dia nak luluskan? Terima kasih MB Selangor. Lain kali, "dengarlah lagi cakap parti"…

Kini Khalid angkat "bendera putih". Kononnya tak mampu beli semua syarikat konsesi air Selangor yang dianggarkan bernilai lebih RM9 billion itu. Betullah Kerajaan Selangor tidak berduit dan miskin. Sebab itu gaji Khalid, Speaker, Timbalan Speaker dan kawan-kawannya naik lebih 350%, kan? Maklumlah, Selangor "tak ada duit" untuk rakyat, untuk kocek sendiri?

Berbalik pada Xavier, dia menegaskan bahawa prinsip PKR tidak mahu melihat Langat 2 dibina. Kononnya tender membina Langat 2 diberikan pada kroni UMNO/BN. Padahal, tender Langat 2 itu adalah tender terbuka dan semua pihak termasuk kontraktor PKR, DAP mahupun PAS layak untuk memohon.

Masuklah memohon dan jika Allah sudah tetapkan rezekinya pada kontraktor PAS, mungkin kontraktor itu akan dapat tender itu. Tak kisahlah siapa yang dapat tender, asalkan Langat 2 terbina dan rakyat Selangor serta Lembah Klang dapat manfaatnya, bukan?

Yang menghairankan, kontraktor pula yang dirisaukan Xavier. Tapi derita rakyat yang terputus bekalan air itu tidak pula disebut dalam artikelnya yang panjang lebar itu. Macam itu "pembela nasib rakyat"?

Rafizi pula sampai beri amaran pada Kerajaan Pusat untuk tidak naikkan tariff air di Selangor? Siapa Rafizi? Sila rujuk perjanjianlah. Kalau tiba masanya mengikut perjanjian, maka naiklah tariff air nanti, bukan? Atau Rafizi takut nak bayar caj import air dari Pahang?

Boleh. Rafizi boleh "halang" kenaikan tariff air di Selangor nanti. Kalau caj import air dari Pahang dinaikkan mengikut perjanjian, sudah tentulah ada sedikit kos yang perlu ditambah. Tapi kalau Rafizi tak mahu kos tersebut dibayar oleh rakyat, dia boleh minta Kerajaan Negeri Selangor bayarkan untuk rakyat sebagai "subsidi air", kan? Rafizi kan "prihatin"…

Tapi, kalau Kerajaan Negeri Selangor yang bayar harga "subsidi air" itu, maka samalah juga ia dibayar menggunakan duit rakyat. Kalau Rafizi benar-benar "prihatin", gunakan duit koceknya sendirilah!

Sepanjang hidup saya, saya belum pernah jumpa harga sesuatu benda atau perkhidmatan yang tidak meningkat. Beras, garam, gula, kopi dan teh, semuanya naik harga sejak kita menggunakan "mata wang". Misalnya, ibu saya memberitahun bahawa gula dan garam dulu hanya berharga sekati 5 sen. Tapi sekarang? Samalah juga dengan harga "bekalan air bersih". Itu proses normal!

Takut sangat dengan harga barang naik. Kononnya BN ertinya "barang naik". Kalau Pakatan Haram memerintah maka tiada barang yang naik harga, kah? PAS memerintah Kedah selama 5 tahun pun sempat naikkan harga air! Di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor ada harga barang yang turun, kah? Budu pun naik harga..! Air pun naik harga juga, kan?

Ingatlah. Keperluan rakyat Selangor lebih penting dari politik. Prinsip PKR itu tidak betul. Kontraktor projek dilihat lebih penting dari keperluan hidup rakyat? Sepatutnya ia terbalik, keperluan rakyat lebih penting dari kontraktor. Tender Langat 2 itu telus dan boleh diperiksa pada bila-bila masa.

Atau Xavier dan Rafizi mahu berpolitik sebenarnya dalam isu Langat 2 ini? Seorang mahu tegakkan "prinsip politik gila" dan seorang lagi mahu jatuhkan Khalid sebagai MB di Selangor? Rafizi mahu putar belit akal rakyat yang lebih memilih air dari wang sekitar 2-3 ringgit? Atau Xavier sendiri yang nak jadi MB?

By


rakaman gambar "sultan melaka" berpakaian lokap <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 15 Jan 2014 04:39 AM PST

KEBENARAN ITU PAHIT!! KEADILAN ITU PERIT!! PERJUANGAN ITU SAKIT!! RAKYAT BENCI UMNO!! UMNO IS DEAD!!

No comments:

Post a Comment