Selongkar10 - Blog <b>Makanan di Selangor</b> - Blogger - Blog Makanan di Selangor |
- Selongkar10 - Blog <b>Makanan di Selangor</b> - Blogger
- Blog <b>Makanan di Selangor</b>: kepentingan islam & melayu bakal <b>...</b>
- 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Google Blog Search
- XPresikuSEVEN: Rindu nak Makan <b>Makanan</b> Korea <b>di</b> Dubu-Dubu
Selongkar10 - Blog <b>Makanan di Selangor</b> - Blogger Posted: 23 Jan 2014 07:35 PM PST Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya? Tupai Masak Black Pepper Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa. Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur. Teruskan Pembacaan... 3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah. bharian.com.my 4. Belut Seri Cincai blogspot.com Kutippp kutippp... buat laukkk 5. Sup Kaki Ayam Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar. Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam.. 6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor. Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap. blogspot.com 7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang... 8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P Selongkar Makanan |
Blog <b>Makanan di Selangor</b>: kepentingan islam & melayu bakal <b>...</b> Posted: 19 Jan 2014 07:35 PM PST Saya difahamkan bahawa MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan agar 351 Bible menggunakan kalimah "Allah" yang dirampas JAIS baru-baru ini supaya dipulangkan pada Persatuan Bible Malaysia. Malah JAIS juga diarahkan agar memberitahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor terlebih dahulu sebelum melaksanaka sebarang operasi di negeri itu… Setakat ini, itulah saja tindakan dari Khalid Ibrahim. Mungkin itulah saja yang terdaya dia lakukan sebagai MB Selangor yang dipercayai berbangsa Melayu dan beragama Islam. Saya tidak tahu apa lagi yang dia mampu lakukan selepas ini berkenaan kes tersebut… Sebagaimana maklum, JAIS merampas naskhah-naskhah Bible tersebut bukanlah disebabkan ia dicetak berbahasa Melayu. Tapi ia dirampas atas kesalahan menggunakan kalimah "Allah" tercetak di dalamnya bertepatan sebagaimana yang dilarang di dalam Enakmen 1988. Ekoran itu, muncul tiga ADUN DAP bersuara mahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor memansuhkan Enakmen itu yang melarang penggunaan kalimah seperti "Allah", "Nabi" dan sebagainya di Selangor. Mereka adalah Yeo Bee Yin (Damansara Utama- lokasi rampasan), Lau Weng San (Kg Tunku) dan Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing). Saya difahamkan bahawa DAP agak "segan" untuk bersuara melalu pemimpin-pemimpin utamanya di peringkat Pusat, dan "3 serangkai" itu muncul mencetus polemik baru meliberalkan hak keistimewaan Islam di Selangor. Mereka berkemungkinan besar diketuai oleh Tony Phua dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh. Persoalannya, bila Speaker DUN campur tangan dalam soal berkaitan aqidah umat Islam itu, apakah cita-cita DAP untuk memansuhkan Enakmen yang menjaga hak keistimewaan Islam di Selangor itu akan berjaya dilaksanakan? Saya melihat insiden ini sebagai satu kes yang agak serius memandangkan ia sangat mencabar kepentingan Islam di negeri termaju itu. MB Selangor pula dilihat begitu condong menyebelahi DAP dalam tindakannya. Dalam kes Hasan Ali dan JAIS vs. Gereja DUMC dulu, Khalid menyebelahi pihak Kristian. Dalam kes Hasan Ali dan JAIS berkenaan kes rampasan arak juga menyaksikan "air kencing syaitan" itu diarah supaya dikembalikan. Dan kali ini, Bible yang mencemar undang-undang dan kesucian kalimah "Allah" di Malaysia juga dikembalikan… Jadi, apakah tidak mustahil Dewan Undangan Negeri Selangor yang majoritinya dikuasai "taiko-taiko" DAP, ber"Speaker" suara DAP dan disokong oleh "pak-pak turut" dari PKR serta PAS akan selamba memansuhkan Enakmen 1988 itu? Itulah "bahana"nya bila lantik Speaker DUN ikut suka hati tanpa memikirkan kesan dan tanpa merujuk pada kepentingan Islam terlebih dahulu. ADUN-ADUN PAS masih berlambak di DUN Selangor, tapi Speaker seperti Hannah Yeoh juga yang dipilih Khalid Ibrahim… Saya berpandangan bahawa jika beginilah sikap Kerajaan Pakatan Haram Selangor dan ADUN-ADUNnya, tidak mustahil, Islam akan "dimansuhkan" suatu hari nanti di negeri itu. Dan ketika itu, rakyat Selangor khususnya umat Islam jangan menyesal. "Nasi mungkin akan menjadi bubur lambuk ditimpa airmata yang tidak berlagu"… |
12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Google Blog Search Posted: 31 Jan 2014 11:31 PM PST ATURCARA PERJALANAN TPM 8.30am: Pasaraya NSK Selayang Batu Caves, Selangor 9.10am: Tapak Pasar Harian, Pasar Borong Selayang 9.50am: Pasar Mini Snofa, Taman Greenwood 10.30am Restoran Sri Ayu Tomyam Batu Caves, selangor. P/S: Kepada sesiapa nak suruh aku ambil gambar dan video selepas ini, tolong proses sendiri..Nak murahkan..!! Cakap macam orang tak sekolah.!! Lu fikirlah bro.!! AMRAYY |
XPresikuSEVEN: Rindu nak Makan <b>Makanan</b> Korea <b>di</b> Dubu-Dubu Posted: 02 Feb 2014 03:31 PM PST Bismillah Lepas hantar kawan kat airport ke Korea dua hari lepas, keinginan untuk makan makanan korea meluap-luap. Tapi takdelah sampai tahap mengidam orang mengandung. Teringat kat Dubu-Dubu dengan Sondubu Jigae Seafood. Semoga bila kawan balik dari Korea nanti, kalau ada kimchi pun dah cukup. Bak kata seorang kawan kat twitter teringin jugak nak makan kimchi buatan ahjuma kat sana, Haha. #flashblack Kali pertama melintas di depan kedai Dubu-Dubu di MidValley terfikir 'Kenapa pelik sangat nama kedai ini?'. Macam mencarut sikit pun ada namanya. Haha. Rupanya Dubu-Dubu ni menyediakan makanan korea. Dulu tak terpengaruh pun, 'Ah, aku takkkan tertipu dengan makanan dari korea, tapi akhirnya aku juga yang masuk mencuba'. Dan dipengaruhi oleh kawan-kawan yang gilakan segala segi dan bucu pasal korea termasuklah makanan korea. Begitulah flashback saya! Masa order pun dah tertawan dengan makanan dalam gambar. Harga pun kira berpatutan, takdelah semahal makan kat TGIF. Heh. Seafood Sondubu Jigae kat atas yang dipenuhi dengan seafood, nampak terbongkang segala udang dan sotong. Siap ada bivalvia = spesies kepah lagi. Tapi masa ni tauhu tu kira sembunyi-sembunyi manja, tak perasan sangat. Hakikatnya bila sampai, takde pun segala udang dan sotong yang ala-ala terdampar di tepi pantai tapi yang kelihatan hanyalah tauhu bak untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tapi kat dalam tu still ada udang dan sotong dan lala. Besar jugaklah saiz udang, paling penting rasa sedap sambil ditemani video music KPOP yang aku tak paham sepatah haram di skrin LED. Layan jelah. Kawan aku order – Dol Sot Bibimbap. Makanan korea ni bagus sebab memang banyak sayur, jadi bukan pilihan yang bagus la buat insan malang yang tak makan sayur. Haha ps: menunggu habis kerja lab fyp, then makan-makan. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment