Selongkar10 - Blog <b>Makanan</b> di <b>Selangor</b> - Blogger - Blog Makanan di Selangor |
Selongkar10 - Blog <b>Makanan</b> di <b>Selangor</b> - Blogger Posted: 05 Feb 2014 01:47 PM PST Saya difahamkan bahawa MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan agar 351 Bible menggunakan kalimah "Allah" yang dirampas JAIS baru-baru ini supaya dipulangkan pada Persatuan Bible Malaysia. Malah JAIS juga diarahkan agar memberitahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor terlebih dahulu sebelum melaksanaka sebarang operasi di negeri itu… Setakat ini, itulah saja tindakan dari Khalid Ibrahim. Mungkin itulah saja yang terdaya dia lakukan sebagai MB Selangor yang dipercayai berbangsa Melayu dan beragama Islam. Saya tidak tahu apa lagi yang dia mampu lakukan selepas ini berkenaan kes tersebut… Sebagaimana maklum, JAIS merampas naskhah-naskhah Bible tersebut bukanlah disebabkan ia dicetak berbahasa Melayu. Tapi ia dirampas atas kesalahan menggunakan kalimah "Allah" tercetak di dalamnya bertepatan sebagaimana yang dilarang di dalam Enakmen 1988. Ekoran itu, muncul tiga ADUN DAP bersuara mahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor memansuhkan Enakmen itu yang melarang penggunaan kalimah seperti "Allah", "Nabi" dan sebagainya di Selangor. Mereka adalah Yeo Bee Yin (Damansara Utama- lokasi rampasan), Lau Weng San (Kg Tunku) dan Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing). Saya difahamkan bahawa DAP agak "segan" untuk bersuara melalu pemimpin-pemimpin utamanya di peringkat Pusat, dan "3 serangkai" itu muncul mencetus polemik baru meliberalkan hak keistimewaan Islam di Selangor. Mereka berkemungkinan besar diketuai oleh Tony Phua dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh. Persoalannya, bila Speaker DUN campur tangan dalam soal berkaitan aqidah umat Islam itu, apakah cita-cita DAP untuk memansuhkan Enakmen yang menjaga hak keistimewaan Islam di Selangor itu akan berjaya dilaksanakan? Saya melihat insiden ini sebagai satu kes yang agak serius memandangkan ia sangat mencabar kepentingan Islam di negeri termaju itu. MB Selangor pula dilihat begitu condong menyebelahi DAP dalam tindakannya. Dalam kes Hasan Ali dan JAIS vs. Gereja DUMC dulu, Khalid menyebelahi pihak Kristian. Dalam kes Hasan Ali dan JAIS berkenaan kes rampasan arak juga menyaksikan "air kencing syaitan" itu diarah supaya dikembalikan. Dan kali ini, Bible yang mencemar undang-undang dan kesucian kalimah "Allah" di Malaysia juga dikembalikan… Jadi, apakah tidak mustahil Dewan Undangan Negeri Selangor yang majoritinya dikuasai "taiko-taiko" DAP, ber"Speaker" suara DAP dan disokong oleh "pak-pak turut" dari PKR serta PAS akan selamba memansuhkan Enakmen 1988 itu? Itulah "bahana"nya bila lantik Speaker DUN ikut suka hati tanpa memikirkan kesan dan tanpa merujuk pada kepentingan Islam terlebih dahulu. ADUN-ADUN PAS masih berlambak di DUN Selangor, tapi Speaker seperti Hannah Yeoh juga yang dipilih Khalid Ibrahim… Saya berpandangan bahawa jika beginilah sikap Kerajaan Pakatan Haram Selangor dan ADUN-ADUNnya, tidak mustahil, Islam akan "dimansuhkan" suatu hari nanti di negeri itu. Dan ketika itu, rakyat Selangor khususnya umat Islam jangan menyesal. "Nasi mungkin akan menjadi bubur lambuk ditimpa airmata yang tidak berlagu"… |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment