Search This Blog

Tuesday, February 4, 2014

mas berjanji bakal mempertingkatkan mutu makanan di dalam ... - Blog Makanan di Selangor

mas berjanji bakal mempertingkatkan mutu <b>makanan di</b> dalam <b>...</b> - Blog Makanan di Selangor


mas berjanji bakal mempertingkatkan mutu <b>makanan di</b> dalam <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2014 09:27 AM PST

28 Januari lalu, saya menulis entri bertajuk 'Juadah 'istimewa' untuk Ketua Pegawai Eksekutif MAS ( Ahmad Jauhari Yahya)'.

Saya kemudian menerima emel kakitangan perkhidmatan pelanggan MAS, Salim Musa Mohamed Tenang.

Sila baca.

Terima kasih kerana sudi mendengar rungutan pelanggan.

Tanpa disangka, bukan saya sahaja mengutarakan komplen berhubung kualiti makanan dihidangkan oleh kru kabin MAS.

Chef Selebriti Malaysia, Chef Wan juga tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak, dikatakan 'telanjang'. 

Usahlah kerana kami terbang menggunakan kelas ekonomi, makanan dihidangkan juga di tahap ekonomi. Jika benar usaha dilaksanakan oleh MAS untuk mempertingkatkan kualiti makanan, sila buktikan.

 Bercakap sahaja tidak berguna.

Jika Chef Wan sibuk, MAS boleh mengundang saya untuk merasa makanan sebelum disajikan kepada pelanggan. Tidak perlu berstatus 'chef', In Sha Allah saya boleh memberikan maklum balas samada sajian itu hampeh atau tidak.


Blog Makanan di Kuala Lumpur - Blog <b>Makanan di Selangor</b> - Blogger

Posted: 20 Jan 2014 07:07 PM PST

Ibu bapa kini mencari pendekatan baharu dalam mendidik anak-anak dengan menghantar mereka menyertai kem-kem pada musim cuti persekolahan.

PESERTA kem seperti ini lazimnya dilatih untuk survival diri termasuk mencari makanan.


TAIP sahaja aktiviti musim cuti sekolah di internet, tidak kira di laman carian Google, Yahoo atau MSN, pelbagai pilihan program berkenaan dapat kita lihat.

Ibu bapa hanya perlu menilai setiap tawaran mengikut kemampuan, kesesuaian masa dan minat kanak-kanak atau remaja yang akan melibatkan diri kelak. Lazimnya, ibu bapa yang mahu menghantar anak ke aktiviti musim cuti sekolah mengharapkan sesi lebih panjang supaya anak mereka dapat menerap lebih banyak ilmu.

"Saya membuat pencarian di internet tentang kursus musim cuti sekolah yang mampu memberikan pengalaman terbaik tentang kehidupan dan berkonsepkan alam semula jadi," kata Vivian Cheung, 45, dari Puchong, Selangor ketika ditemui di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Ketika itu, dia sedang bermesra bersama anak tunggalnya, Calista Cheong, 8, sebelum ditinggalkan di sebuah rumah di perkampungan itu selama tiga hari dua malam.

"Jaga diri baik-baik. Jangan bangun lewat. Sesuaikan diri dengan keadaan di sini. Kalau lapar, beritahu Uncle Nick," katanya sambil melambaikan tangan kepada anaknya yang berada di pintu masuk sebuah bilik.

Calista turut ditemani beberapa rakan lain termasuk sepupunya. Kesemua mereka mendaftarkan diri bagi menyertai Kem Musim Cuti yang juga dikenali sebagai Summer Camp di bawah kelolaan pelatih kem, Nick Tan.

Vivian walaupun pertama kali berpisah dengan anaknya, dia yakin keputusan itu adalah terbaik bagi memberi pendedahan kepada anaknya.

Katanya, kanak-kanak zaman sekarang terlalu manja. Kehidupan mereka terlalu senang dan leka dengan dunia gajet. Justeru itu, Vivian mengambil keputusan menghantar anaknya ke kem cuti sekolah.

"Saya mahu anak saya menjadi lebih matang, hidup dikelilingi hutan, sungai, nyamuk, mandi air sejuk dan tanpa pendingin hawa. Keadaan tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak saya tentang kekurangan orang lain dan kelebihan diri sendiri," jelasnya.

Matlamat

Menurut Nick, kem cuti sekolah yang dianjurkan oleh My Summer Camp Malaysia itu bukan sekadar tinggal di rumah kampung kerana inti pati program tersebut mempunyai matlamat yang lebih tinggi.

"Di Malaysia, kita tidak boleh mengikut perubahan musim seperti di luar negara kerana mereka cenderung melakukan aktiviti ketika cuti musim panas. Kita di sini lebih bertumpu pada cuti sekolah sepanjang bulan Disember, Mei, Jun dan September. Justeru itu, ia bukan sekadar melibatkan permainan pengembaraan atau aktiviti luar sahaja.

"Saya mengendalikan kursus ini buat kali kedua selepas percubaan pertama melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah antarabangsa pada 14 hingga 27 Julai lalu. Program kali ini, membabitkan kanak-kanak tempatan berusia seawal lapan tahun," ujar Nick.

Kem cuti sekolah yang dirancang sejak lebih setahun lalu itu dirangka mengikut keperluan tempatan. Katanya, buat masa ini, dia hanya menjalankan kem buat tempoh singkat walaupun kem seumpama itu di luar negara membabitkan masa berminggu-minggu.

"Sebaik saya merangka program dan mengepos di laman web, saya tidak sangka sambutan menggalakkan daripada ibu bapa. Ibu bapa pada hari ini mahu mendedahkan anak-anak kepada persekitaran luar yang lari daripada rutin harian anak-anak mereka," ujar Nick.

KEM-KEM berkaitan keagamaan banyak dijalankan pada musim cuti sekolah dan mendapat sambutan baik daripada ibu bapa. - Gambar hiasan


Minat

Nick yang merupakan seorang akauntan bertauliah, mula melibatkan diri mengendalikan aktiviti lasak pada usia 25 tahun. Minat yang mendalam dalam bidang tersebut membuatkannya terus berusaha merangka program-program cuti sekolah yang menarik dan sesuai untuk masyarakat tempatan.

"Saya turut menguruskan kem-kem latihan membabitkan kanak-kanak dan dewasa selain syarikat korporat. Ia dilakukan bersama beberapa fasilitator lain," katanya lagi.

Para peserta yang mengikuti program tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM350 seorang termasuk makan, minum, tempat tinggal, aktiviti dan perubatan. Menurut Nick, kadar bayaran tersebut amat berpatutan.

Lazimnya, harga pasaran semasa bagi kem seumpama itu yang berlangsung selama dua minggu melebihi RM4,500 seorang.

"Saya pernah mengendalikan dua kanak-kanak dan seorang remaja dari Arab Saudi secara peribadi untuk kem musim panas pada bulan Julai lalu. Mereka datang sendiri dan tinggal bersama saya selama sebulan. Bapa mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas saya sebagai penjaga dan saya mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti termasuk budaya tempatan," katanya.

Manfaat

Dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM35,000, Nick memberitahu ketiga-tiga budak yang berusia tujuh, 11 dan 14 tahun itu dilatih membabitkan aspek kemahiran, cara hidup, pengembaraan dan pelancongan domestik, disiplin diri dan sebagainya.

"Ini bukti jelas betapa kem-kem seperti ini mempunyai sambutan termasuk dari luar negara. Mereka memilih Malaysia kerana unsur geografi. Jadi, jika ia dipanjangkan kepada kanak-kanak dan remaja di sini, pasti akan memberi manfaat," katanya.

Malah, pada kem cuti sekolah pertama yang dijalankan melibatkan pelajar sekolah antarabangsa juga membabitkan kebanyakan pelajar luar negara.

Menceritakan lanjut tentang kem tersebut, Nick memberitahu, ia meliputi kegiatan luar dan juga aktiviti akademik seperti kelas bahasa dan kelas-kelas berkaitan pendidikan atau pembelajaran.

Dua fasilitator yang membantu Nick pada hari tersebut ialah Norhafniza Nordin, 29, dan Muhammad Hadzirun Hasmi, 19.

Norhafniza memberitahu, kebanyakan peserta yang mengikuti program berkenaan di Janda Baik adalah dalam kalangan keluarga berada.

Dalam pada itu, seorang peserta, Puvanesan Sandranesan, 10, berkata, dia amat tertarik dengan lokasi kem yang seumpama sebuah kawasan perkampungan.

"Bapa yang mahu saya sertai kem ini. Ia merupakan program pertama saya sertai di luar sekolah dan saya teruja untuk mengikutinya terutama membabitkan aktiviti lasak," katanya yang telah mendapat beberapa kawan baharu.

Bagi Marcus Cheaong, 10, dari Rawang berkata, dia berasa bimbang untuk tinggal bersendirian tanpa ibu bapa, namun pada masa yang sama teruja untuk mengikuti kem berkenaan.

"Walaupun saya selalu lambat bangun tidur, tetapi ketika mengikuti kem ini saya berazam untuk berubah dan mengikuti semua aktiviti yang dirancang," kata Marcus.

Blog <b>Makanan di Selangor</b>: Barang Naik: Semua mahal di Kuala <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2014 01:10 PM PST

KUALA TERENGGANU - "Di Kuala Terengganu, serba serbi mahal," itulah jawapan pertama yang diberikan kebanyakan masyarakat apabila ditanya mengenai kos hidup di bandar raya ini.

Pekerja swasta, Noraini Salleh, 50, berkata, dengan gaji yang diterimanya kini, ditambah dengan kos hidup terutama barangan keperluan yang tinggi, tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya bersama anak-anak jika tidak berbelanja secara berhemah.

"Kalau tanya di Terengganu apa yang mahal? saya akan kata serba serbi mahal. Paling ketara nampak mahal berbanding tempat lain ialah makanan dan barangan keperluan asas.

"Sewa teksi pun mahal di sini, kalau dari rumah saya di Kampung Gong Tok Nasek nak ke tempat kerja di Pasar Payang, paling tidak pun perlu bayar RM15 untuk pergi balik. Jadi, duit gaji hanya memadai untuk bayar tambang teksi sahaja. Tetapi, Alhamdulillah, sekarang saya telah mempunyai kenaikan sendiri untuk ke tempat kerja," katanya.

Sementara itu, peniaga, Hanif Maiyus, 30, berkata, walaupun berniaga jam dan memiliki sebuah kedai, dia tidak mampu untuk menyimpan duit jika tidak membuat pekerjaan sampingan lain seperti berniaga online dan sebagainya.

"Dengan pendapatan sedia ada sekarang, saya rasa saya belum mampu menyimpan duit. Malahan, saya terpaksa mencari kerja lain untuk cari pendapatan lebih menjelang bulan seterusnya.

"Apa yang ketara mahal di Kuala Terengganu ialah makanan, memang mahal. Kalau kos sewa rumah tu agak biasa cuma mahal atau murah bergantung pada lokasi rumah yang disewa.

"Dengan kenaikan harga barang sekarang, saya tidak yakin mampu tanggung kos kehidupan dengan sempurna pada masa akan datang," katanya.


Senada dengan Hanif, isterinya, Nurul Izza Alias, 26, berkata, memandangkan semua barang naik, dia kini membelanjakan RM300 setiap bulan untuk perbelanjaan barang dapur sahaja.

"Itu perbelanjaan bagi kami yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika telah mempunyai anak nanti. Adakah kami mampu simpan duit setiap bulan atau sebaliknya.

"Kalau sebelum ini saya boleh juga menyimpan duit untuk simpanan, sekarang ada kalanya boleh menyimpan, ada kalanya tidak sempat untuk simpan, duit dah habis," katanya.

Seorang pelancong yang berkunjung ke Kuala Terengganu, Alias Lazim, 66, yang menetap di Selangor, berkata, dia amat terkejut dengan harga makanan di Terengganu yang disifatkan begitu mahal dan tidak masuk akal.

"Bayangkan, saya beli nasi putih dan ikan keli sambal sahaja untuk makan tengah hari dah mencecah RM5.50. Kalau di Selangor saya boleh dapat dalam lingkungan RM4 sahaja. Saya hairan mengapa di sini harga makanan terlalu mahal.

"Pada saya, kalau nak kata kenaikan harga barangan basah, di tempat lain juga harganya naik, tetapi mengapa di sini peniaga boleh naikkan harga begitu tinggi? Sebab itulah saya sarankan kita boikot peniaga yang jual mahal," katanya.

Alias yang berkunjung ke Kuala Terengganu tinggal di sebuah bilik yang disewa di sebuah hotel bandar raya dengan harga RM40 semalaman.

"Mengenai kadar sewa hotel atau bilik tu saya agak puas hati, sebab harga yang dikenakan lebih kurang sama dengan tempat lain. Tetapi, bila menyentuh mengenai harga makanan, pakaian dan barangan lain, saya agak terkilan kerana harganya amat mahal.

"Bayangkan, bagaimana mereka yang gaji RM20 sehari mahu 'survive' kalau nasi dan ikan keli sahaja dah sampai RM5.50? Macam mana mereka nak tampung keperluan lain. Itu di kedai makan yang biasa dikunjungi, bukan yang tak biasa," katanya.

Bekas pelajar, Siti Zulaikha Zulkifli, 18, pula berkata, harga makanan dan pakaian di Kuala Terengganu agak mahal berbanding di tempat lain, sebab itu tidak hairanlah jika laporan menyebut, ia termasuk antara 10 bandar paling tinggi kos sara hidup di Malaysia.

"Saya masih belum mendapat pekerjaan tetap dan kini hanya bekerja dengan ibu saya. Walaupun begitu, saya turut merasai harga makanan dan barangan keperluan di Kuala Terengganu mahal berbanding tempat lain," katanya.

Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh sebuah portal online, Kuala Terengganu dilaporkan sebagai bandar keenam paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.

Menjuarai carta adalah bahagian pulau di Pulau Pinang diikuti Bintulu, Sarawak, Paka/Kerteh di Terengganu, Miri Sarawak, Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Klang, Labuan dan Johor Baru.

Perkara yang dikaji adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minimum untuk hidup sempurna.

Blog <b>Makanan di Selangor</b>: headbomb: JOM TENGOK SENJATA <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2014 07:27 PM PST

Serbuan JAIS baru-baru ini menimbulkan kontroversi dan menggemparkan semua pihak. Isu ini jika diteliti dengan fakta dan hujah, dan jauh dengan unsur emosi, kita akan menemui penyelesaian.

Tidak dinafikan telah terdapat silap faham dan kekeliruan oleh sesetengah pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Berikut adalah beberapa pandangan dari sudut perundangan yang sepatutnya diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak:

Pertama: 10 Point Solution tidak ada kesan ke atas undang-undang di Selangor (atau mana-mana negeri yang mempunyai enakmen/peruntukan undang-undang yang secara spesifik melarang penggunaan kalimah Allah) kerana ia bukan dalam bidang kuasa kerajaan Pusat.

Ia juga bukan satu akta Parlimen atau enakmen negeri, justeru ia tidak boleh mengatasi peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

Satu pembacaan yang teliti ke atas 10 Point Solution daripada Kabinet menunjukkan bahawa setiap satu daripada 10 Point tersebut langsung TIDAK menyebut atau menyentuh kalimah Allah di dalamnya.

Penerbitan atau penyebaran Bible di dalam Bahasa Melayu bukan pokok permasalahan, tetapi penggunaan kalimah Allah di dalamnya, yang dibantah dan ditolak oleh umat Islam di Malaysia.

Penganut-penganut Kristian bebas menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu (atau bahasa apa sekalipun) sesama mereka asalkan perkataan/kalimah Allah TIDAK ada di dalamnya.

Alasan atau hujahnya agak mudah, iaitu 10 Point Solution ini tidak merangkumi atau melibatkan penggunaan kalimah Allah, yang ketika itu masih di dalam proses Mahkamah.

Kemasukan atau pembenaran penggunaan kalimah Allah di dalam 10 Point Solution tersebut akan menjadikan proses rayuan di Mahkamah Rayuan tidak bermakna.

Sebagai peringatan kepada pihak yang bersungguh-sungguh dan terlalu bersemangat mendesak supaya Kerajaan atau Kabinet menggunapakai 10 Point Solution untuk meleraikan kemelut serbuan dan rampasan JAIS di premis Persatuan Bible Malaysia, adalah ditegaskan bahawa Keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah Allah adalah keputusan terpakai dan perlu diterima (setakat hari ini).

Apa-apa perubahan pada status keputusan Mahkamah Rayuan ini hanya akan diketahui setelah rayuan terhadap keputusan tersebut didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Agung nanti.

Justeru, sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan mencetak, menerbit atau menyebarkan Bible Bahasa Melayu yang di dalamnya ada tertera kalimah Allah secara otomatis sedang melakukan perlanggaran terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada bukan Oktober tahun lepas.

Golongan di atas "menyerang" kerajaan kerana tidak mempedulikan dan membelakangkan 10 Point Solution itu di dalam "mempertahankan" dan "memelihara" kebebasan penganut-penganut Kristian menjalankan aktiviti dan amalan keugamaan mereka.

Akan tetapi mereka tidak sedar atau barangkali "pura-pura tidak sedar" bahawa mereka sendirilah yang membelakangkan dan tidak mempedulikan langsung malah tanpa segan silu melanggar perintah Mahkamah Rayuan!

10 perkara itu hanya boleh mengikat (binding) sekiranya ia dibahas dan diluluskan di Parlimen untuk menjadi satu Akta dengan bahagian-bahagian yang memperuntukkan atau merujuk kepada penggunaan kalimah Allah di dalamnya dan sekiranya Mahkamah Agung memerintahkannya.

Kedua: Tindakan JAIS yang menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah bertepatan dengan peruntukan undang-undang Enakmen 1988.

Berikut adalah peruntukan enakmen yang bersesuaian untuk memahami kes ini:

Seksyen 2 (2a) – Bagi maksud Enakmen ini, sesuatu penerbitan hendaklah dianggap sebagai terbitan mengenai agama bukan Islam jika ia dianggap oleh penganut atau anggota agama itu sebagai buku suci atau buku asas atau salah satu daripada teks-teks penting agama itu.

Seksyen 9 (1)

Seseorang itu adalah melakukan kesalahan jika dia -

(a) dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan;

…..  menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian 1 kepada Jadual, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam.

Jadual (Seksyen 9)

Bahagian 1

PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN BERKAITAN DENGAN AGAMA BUKAN ISLAM

Allah, Firman Allah, Ulama, Hadith, Ibadah, Kaabah, Kadi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Injil, Salat, Khalifah, Wali, Fatwa, Imam, Nabi, Sheikh.

Dalam ertikata lain, mana-mana penerbitan atau percetakan yang memuatkan semua atau mana-mana kalimah yang disenaraikan adalah menyalahi peruntukan Seksyen 9 Enakmen berkenaan. Justeru tindakan JAIS untuk merampas penerbitan yang menyalahi Enakmen tersebut adalah bertepatan dengan undang-undang.

Enakmen ini juga tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini berasaskan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan:

"Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan ugama di kalangan orang yang menganuti ugama Islam"

Satu catatan juga perlu disebut di sini bahawa:

"MAIS juga menegaskan bahawa tindakan JAIS bukan atas dasar cetakan Bible berkenaan di dalam versi bahasa Melayu tetapi atas dasar kalimah Allah telah digunakan di dalam Bible berkenaan dan ini mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenalpasti samada berlaku satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988."

"Adalah juga diingatkan kepada orang awam bahawa di samping Enakmen 1988 mengenai pengawalan penggunaan kalimah Allah, terdapat juga fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama bukan Islam yang lain. Malah fatwa Jawatankuasa Negeri ini konsisten dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82."

Berdasarkan penelitian di atas, rampasan yang dibuat oleh JAIS adalah kerana penerbitan Persatuan Bible Malaysia di premis persatuan tersebut di Petaling Jaya telah melanggar undang-undang yang telah terpakai dan sedia ada.

Tiada siapapun, termasuk Menteri Besar, mempunyai "locus standi" (hak perundangan) untuk menuntut supaya bahan-bahan cetakan tersebut mesti dikembalikan. Selain daripada mencampuri urusan penguatkuasaan undang-undang di negeri pentadbiran beliau sendiri, Tindakan Menteri Besar Selangor boleh juga ditafsirkan sebagai melanggar titah Sultan Selangor dan mempersendakan dua institusi Islam iaitu JAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ketiga: Isu ini tiada kaitan dengan larangan pemakaian kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap majalah Herald. Ini kerana ia adalah dua isu yang berasingan yang melibatkan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Pusat yang telah diterangkan sebelum ini.

Rumusan yang terbaik telah disuarakan oleh salah seorang Hakim dalam kes rayuan penggunaan kalimah Allah di Putrajaya:

Setelah meneliti fakta-fakta sejarah dan keagamaan mengenai kes di atas, hakim Mahkamah Rayuan YA Dato Sri Haji Mohamed Apandi Bin Ali menegaskan:

I could not find any plausible reason as to why the respondent is adamant on using the word "Allah" in its weekly newsletter, particularly in its Malay version. Since "Allah" is never an integral part of the faith of the respondent, it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country. This conclusion is fortified by the fact that the majority population in this country is Malay and whose religion is Islam.

Terjemahan bebas:

"Saya tidak menjumpai sebarang sebab yang munasabah kenapa Responden bertegas/berkeras untuk menggunakan kalimah "Allah" di dalam penerbitan mingguan mereka, khususnya di dalam penerbitan Bahasa Melayunya.

Oleh kerana "Allah" tidak pernah menjadi satu bahagian asasi di dalam agama Responden, adalah munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa hasrat penggunaan kalimah tersebut akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan sudah tentu tidak kondusif kepada amalan hidup yang aman dan harmoni di dalam negara ini.

Kesimpulan ini diperkukuhkan lagi dengan fakta bahawa penduduk majoriti negara ini adalah orang Melayu yang agama mereka adalah Islam."

Rumusan:

Pertama: 10 Point Solution tidak ada kesan ke atas undang-undang di Selangor.

Kedua: Tindakan JAIS yang menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah bertepatan dengan peruntukan undang-undang Enakmen 1988.

Ketiga: Isu ini tiada kaitan dengan larangan pemakaian kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Majalah Herald.

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Yang Dipertua ISMA Sg Petani

No comments:

Post a Comment